Monday, November 18, 2013
WEAPON 1 - M1911
M1911
Perkongsian kali ini kelihatan nampak ganas sedikit. Oleh itu jika terdapat para pejuang SAHAM wanita di dalam ini yang rasa tidak sesuai penampilan gaya lasak maka boleh lah berehat sebentar membaca Majalah THE EDGE, FOCUS dan sebagainya. Jika tiada masalah benarkan kami menhuraikan berkenaan M1911 ini.
M1911 adalah pistol tangan antara terkemuka di dunia sejak zaman perang dunia lagi. Penggunaannya oleh pihak NAVY, ARMY & SPECIAL FORCE tidak dapat dijangkal betapa hebatnya pistol M1911 ini. Tembakan jarak dekat yang sangat padu dan mudah penggunaannya serta mengena sasaran dengan ketepatan yang jitu memberikan M1911 menjadi pilihan pihak berkuasa yang disebut tadi.
Jadi kembali kepada Dunia SAHAM kita. Apa gunanya senjata dalam dunia SAHAM??
Senjata disini umpama PLATFORM dimana zaman ini bukan lah lagi zaman REMISIER yang menekan butang BUY dan SELL tetapi kita sendiri mempunyai PLATFORM yang digunakan dalam mengendali pelaburan jual beli unit SAHAM secara ONLINE. PLATFORM yang tepat memudahkan para penggunanya untuk membuat pilihan yang terbaik dalam SAHAM.
Oleh itu...
Adakah setiap fungsi pada PLATFORM kita telah dimanfaatkan semaksimumnya. Adakah hanya sekadar menekan button BUY & SELL semata-mata sedangkan terdapat begitu banyak MAKLUMAT dalam PLATFORM tersebut yang kita tidak sedar dan ketahui.
Betapa ruginya kita jika mendapat SENJATA yang terbaik tapi tidak mempunyai ILMU untuk menggunakannya. Apakah yang berlaku tanpa ILMU kita sewenang-wenangnya menggunakannya secara ala kadar. TEMBAKAN yang TEPAT menjadi tersasar, SASARAN yang masih JAUH 1KM, TEMBAKAN telah dibuat. GAGAL MENEMBAK apabila sasaran sudah dekat, malah cabut lari selepas itu. Berlaku KES TERSALAH MELAKUKAN TEMBAKAN, seperti hendak menekan BUY tetapi SELL, tersalah memilih KAUNTER secara tidak sengaja dan pelbagai lagi kesilapan berlaku apabila kita tidak mahir dan tidak mahu mengkaji SENJATA secara terperinci di tangan kita.
Dalam PLATFORM yang kita gunakan, terdapat begitu banyak MAKLUMAT yang begitu lengkap sehingga adakalanya tidak memerlukan informasi dari sumber yang lain berkenaan sesuatu KAUNTER. Dari FUNDAMENTAL ANALYSIS sehingga ke TECHNICAL ANALYSIS semua boleh didapati di PLATFORM. Bukan itu sahaja, malah EMOSI pelabur serta maklumat MARKET TREND juga boleh dilihat secara terperinci. Maka, sebaiknya sebelum kita mulakan menekan BUTTON BUY&SELL, terlebih dahulu kita arif dengan PLATFORM yang sedia ada. Sebelum kita MENEMBAK secara MELULU tanpa ILMU di depan mata.
Dengan ILMU yang dalam, kita bersedia dengan penggunaan yang cekap pada SENJATA masing-masing ditangan. Menanti MUSUH dalam jarak sasaran yang tepat tanpa takut untuk LARI KE BELAKANG.
Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"