Sunday, November 17, 2013

IKAN & PANCING



IKAN & PANCING

Apa kena mengena alatan memancing iaitu PANCING dan IKAN yg dipancing dengan dunia SAHAM ini. Jangan risau para pejuang, kita masih di Arena Bicara SAHAM bukannya di pasar-pasar atau kolam-kolam sewaan memancing.

Kiasannya adalah untuk TIPS & ILMU

Sekali lagi...apakah kena mengena IKAN & PANCING dgn TIPS & ILMU???

Begini Al-kisahnya.......

IKAN
Hari-hari Sir Azril yang sibuk dalam menguruskan perniagaannya yang semakin berkembang besar di Nusantara Melayu hanya menanti setiap petang, setiap hari pemberian IKAN percuma oleh Tun Shah yang sememangnya kaki pancing tersohor di Shah Alam...Alhamdulillah...IKAN nya pun segar-segar dan sentiasa terbaik dari kolam pancing ternama. Bergembiralah Sir Azril setiap kali mendapat IKAN-IKAN tersebut...nak-nak lagi makanan kegemarannya adalah IKAN, jadi dgn budi baik Tun Shah tersebut tidak pernahlah Sir Azril membeli IKAN di pasar apatah lagi memancing IKAN di kolam.

Satu hari Tun Shah telah ditaja ke London dan tinggal disana untuk membuat pusat memancing terbesar dunia atas kemahirannya memancing. Setelah pemergian Tun Shah, Sir Azril tidak lah lagi mendapat IKAN. Malah untuk mendapatkan IKAN pun ianya tidak tahu...Berdukacitalah beliau dan mengharapkan Tun Shah pulang membawa IKAN-IKAN kepadanya kembali....

Maka IKAN disini adalah TIPS

TIPS - pemberian sesuatu tanpa mngetahui dari mana ianya datang

PANCING
Terfikir lah kembali Sir Azril...jika selama ini beliau mendapatkan PANCING dan memancing sendiri IKAN yang dimahukannya setiap hari..tidak lah ia mengharapkan Tun Shah untuk mendapatkan IKAN daripadanya memandangkan beliau sendiri boleh memilikinya pada bila-bila masa dengan adanya PANCING di tangan.

Maka PANCING disini adalah ILMU

ILMU - pengetahuan atas sesuatu perkara yang boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa mengharapkan pada sesuatu.

DUNIA SAHAM

Pastinya ada sahaja TIPS untuk pilihan kaunter oleh sesiapa sahaja. Adakalanya TIPS diberi sangat berkesan sehingga 100% tepat tetapi kebanyakan TIPS adalah tersasar jauh dari ramalan jangkaan memandangkan dunia SAHAM kita tidaklah semudah kata. Bayangkan jika kita mengharapkan TIPS semata-mata dan sumber TIPS ini tiada lagi???...bagaimana para pejuang??? Bagaimanakah kita hendak meneruskan dalam memilih kaunter-kaunter serta menyambungkan perjuangan di dunia SAHAM ini???

Berbeza sekali dengan ILMU yang membantu kita dalam pemilihan kaunter dengan sendirinya tanpa mengharapkan dari sesiapa malah jika ILMU ini dibincangkan bersama dengan para ILMUan lain,maka ILMU SAHAM ini menjadi semakin mantap dan tiadalah gusar untuk kita bertindak berdasarkan TIPS.....Dengan BERKUMPULAN juga adalah lebih baik dalam mendalami ILMU serta perkongsiannya menjadi lebih teguh dan mantap serta sudah tentu dapat menyambungkan ILMU SAHAM ini pada generasi akan datang dan seterusnya....

Maka.....apa yang kita pejuang SAHAM harapkan???

IKAN @ PANCING
TIPS @ ILMU

Nur Razaleigh

SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya dan di Akhirat"