PENUNJUK ARAH
Angin bertiup tenang selama 4 hari, biarkan sunyi memberi kesempatan pejuang saham menutup mata seketika dari melihat trading platform, merehatkan minda, mencergaskan daya TUMPUAN bagi mengawal semula EMOSI dalam perjalanan panjang di Dunia Saham.
Kini, topik dibuka semula adalah berkenaan PENUNJUK ARAH....sejauh mana pun DESTINASI yg dituju walau sejauh 200KM ataupun sedekat 1KM, kita tetap memerlukan PENUNJUK ARAH untuk memudahkan perjalanan supaya menjadi lebih cepat dan lancar.
Dalam Dunia Saham, PENUNJUK ARAH merupakan GURU-GURU, SIFU-SIFU, PENGANALISA-PENGANALISA dan pelbagai SUMBER PENUNJUK ARAH daripada KUMPULAN-KUMPULAN atau ORANG PERSEORANGAN.
Pelbagai SUMBER akan disyorkan. Ada yang bakal menceritakan pada kita FUNDAMENTAL ANALYSIS, TECHNICAL ANALYSIS, NEWS, RUMOURS, dan pelbagai SUMBER PENUNJUK ARAH.
Namun, akhirnya kembali kepada diri kita semula yang memegang stereng memandu. Kita boleh mendengar pelbagai SUMBER tetapi KEPUTUSAN tetap ditangan kita sendiri. BUTTON BUY & SELL di jari kita juga. EMOSI untuk membuat KEPUTUSAN juga adalah dalam diri kita sendiri walau sebanyak mana SUMBER yang kita ada. Perhatikan selepas ini MUSUH utama para pejuang SAHAM adalah EMOSI yang berlawan dengan ILMU....
PENUNJUK ARAH yang bersesuaian dengan diri sendiri, InsyaAllah memberi DESTINASI tepat bersama ILMU dan EMOSI yang wajar.
Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"