Thursday, November 21, 2013

MONKEY


MONKEY

Sebelum menjelaskan mengapa MONKEY/MONYET  menjadi kisah kata-kata pujangga coretan bermaya yang bakal dikaitkan dengan SAHAM, kami mengalukan para pejuang menarik nafas sedalamnya, andai kata tersentap dengan tulisan seterusnya percayalah biar kita tersentap bersama ketika ini agar menjadi dorongan dan panduan sebagai langkah  bergaya di Dunia SAHAM selepas ini.

MON & KEY

Kisah bermula sepurnama lalu jauh di sebuah hutan di negara PARSI.. Terdapat 2 ekor monyet yang bersahabat baik namun berlainan karektor atau sifatnya.. Lebih halus gelarannya adalah SI SANGAT PANDAI (SSP)  dan seekor lagi SI KURANG PANDAI (SKP). Seekor bernama KEY dan seekor lagi bernama MON (SKP). 

Satu hari di awal pagi, MON dan KEY mulalah bergayutan menyanyi riang lagu "Jika Aku Kaya" versi mereka berdua sambil mencari-cari makanan kegemaran, tidak lain dan tidak bukan adalah PISANG. Terjumpalah mereka sebatang pokok PISANG MONTEL yang setandan buahnya, tetapi masih muda belum ranum untuk dijadikan santapan. Dari bentuk PISANG MONTEL tersebut, dapatlah diandai bahawa bakal ranum dan masak pada petang hari. Maka menunggu lah mereka di bawah pohon tersebut menanti petang menjelma...

Tiba-tiba, sedang mereka menanti, sekawan monyet 10 ekor bergayutan pantas menuju ke satu arah yang sama. Terlopong monyetlah si MON dengan KEY melihat....ternampak mereka bernama NYET. Tanyalah si MON pada NYET apa yang telah berlaku...NYET pun cerita terdapat pokok PISANG tengah masak dan buahnya sangat lah banyak sekali..PISANG EMAS pula tu yang jarang-jarang ada di hutan mereka. Melompat-lompat lah gembira si MON dan tanpa membuang masa terus bergayutan laju mengejar monyet-monyet yang pantas bergayut itu. Tercengang lah si KEY melihat MON yang beraksi pantas sekelip mata itu.

2 jam kemudian, sampai lah MON ke tempat kejadian tetapi 1 biji PISANG EMAS pun tidaklah dia dapat kerana begitu ramainya monyet yg berebut dan si MON adalah antara yang terakhir sampai...Terlopong kali ke dua cuma kali ini dengan penat dan perut yang kosong. Perlahan lah bergayut semula ke pohon pisang di mana KEY masih disana. Sampai sahaja di sana, KEY kelihatan tidur kekenyangan menghabiskan PISANG MONTEL yang telah masak dan dia habiskan semuanya sekali. Kecewalah si MON sekali lagi dengan KURANG PANDAI nya itu. Namun...walau sudah terkena, tetap lah si MON melakukan perkara yang sama hampir setiap hari.

DUNIA SAHAM

Begitu juga dengan kita semua pejuang SAHAM sekalian, ada kala kita dah memilih sesuatu kaunter dengan sangat teliti dan membelinya dalam keadaan terendah, namun apabila dalam keadaan menanti kaunter itu memberi pulangan, kita melihat sesuatu kaunter yang tengah bergerak laju membuat keuntungan, dengan laju dan pantas kita menjual unit SAHAM di kaunter pertama dan membuat belian di kaunter yang sedang MELETOP tetapi akhirnya terlambat kerana sudah berada di harga tinggi dan JUALAN telah mula berlaku sehingga kita terkandas di dunia kayangan puncak alam...berdoa semoga SEJARAH berulang kembali. 

Dalam masa yang sama kaunter yang ditinggalkan mula beraksi naik membuat keuntungan seperti diawal kajian. Dengan hiba, kita hanya dapat melihat sahaja dan kesal kembali. Namun percayalah, setelah berlaku lagi, masih lagi ada yang mebuat tindakan yang sama malah diulang beberapa kali.

Berhati juga dengan unjuran serta ajakan orang lain dan apabila kita mengikutnya tanpa ILMU, adakah kita akan persalahkan mereka atau kita persalahkan diri sendiri.

Betapa EMOSI boleh menggagalkan kita. Sekali lagi ILMU pengawalan EMOSI perlu juga ada dalam dunia pancaroba SAHAM untuk mengelakkan kita menjadi MON - SI KURANG PANDAI dan bertukar menjadi KEY - SI SANGAT PANDAI.

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia, Kaya di Akhirat