Friday, November 22, 2013

SAHAM UTAMA


SAHAM UTAMA

Bismillahhirrahmanirrahim.....Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Kekasih Kita Rasul Utama Nabi Muhammad SAW.

Disempena hari Jumaat yang mulia lagi berkat ini, PENGHULU bagi segala hari. Apa kata kita bercerita sedikit berkenaan SAHAM UTAMA iaitu SAHAM AKHIRAT. Sedikit penceritaan ringkas kisah benar saya... Silalah para pejuang SAHAM duduk sambil berselawat dalam hati sambil mendengar perkongsian ikhlas ini. Yang terbaik dari Allah SWT, segala kekurangan adalah dari diri ini yang kerdil..

Bermula kisah benar ini.....

Alhamdulillah, saya temui DUNIA SAHAM, pada bulan Ramadhan Al-Mubarak yang lalu dan ketika itu betapa taksubnya saya mencari ILMU demi ILMU berkenaan DUNIA SAHAM. Sehingga pada suatu hari, selesai sudah saya berjemaah Subuh di surau berdekatan kawasan perumahan, lalu saya mngorak langkah untuk pulang ke rumah..baru sahaja 2 langkah menapak, saya ditegur dari belakang oleh Ustaz Ibrahim iaitu Pengerusi bagi Anak-Anak Muda Tahfiz di dalam bangunan yang sama dengan surau tersebut....

Salam diberi beliau disambut mesra oleh saya lalu saya hentikan langkahan kaki seterusnya seraya menghadap guru agama ini yang baru sahaja berumur 51 tahun, wajahnya manis dan kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya. Perbualan diteruskan dengan Ustaz Ibrahim bertanya berapa org anak yg saya ada dan adakah ibu bapa saya masih hidup? Setelah diberitahu kedua ibu bapa saya Alhamdulillah masih ada dan anak saya seramai 2 org. Ucapan Syukur diucapkannya. Persoalan seterusnya menyentap jiwa saya yang ketika iu bagai dikata lebih awal iaitu saya sedang mengejar DUNIA SAHAM. Soalan beliau tanpa mengetahui yang saya mengejar ILMU DUNIA SAHAM bunyi nya adalah begini.....

TAHUKAH TUAN DI AKHIRAT NANTI BERLAKU NYA JUAL BELI SAHAM???

Tersentak saya sekejap dikala itu....saya diamkan diri dan terus mendengar untuk mendapatkan penjelasan lebih mendalam. Ustaz Ibrahim dengan senyum manisnya, menceritakan pada saya yang seakan nampak seperi tahu tetapi tidak pasti dimana yang sememang saya tidak mengetahui secara jelas....

Kata beliau.....

Akhirat nanti akan berlakunya TRADING iaitu  JUAL dan BELI antara setiap orang...Apakah seperti UNIT SAHAM??...Ya.....tetapi yang bakal didagangkan adalah PAHALA dan DOSA....jika seseorang mempunyai PAHALA yang banyak pastilah boleh memberi kepada orang yang ada HAK padanya yang menuntut PAHALA daripadanya. Sudah tentu kita tidak MAKSUM dan UMMI seperti Nabi Muhammad SAW jungjungan mulia kita yang tercinta...pasti sahaja ada yang mengungkit dan meminta-minta PAHALA diatas kesilapan kita sendiri di DUNIA...sama ada menjatuhkan orang perseorangan, memusuhi dengan niat atau tidak, memburuk sangkakan seseorang, menipu, merompak, mengumpat, memutuskan silaturahim dan apa sahaja kepada kesilapan kepada seseorang yang lain. Cukupkah dengan PAHALA kita ketika itu menampung segala kesilapan pada seseorang di DUNIA?? DOSA tersebut tidak akan dimaafkan selagi orang yeng terlibat mengampuni kesalahan kita padanya. Di akhirat kelak orang-orang ini akan meminta PAHALA kita atau sebaliknya TRANSAKSI DOSA pula yang berlaku....

MasyaAllah...terkedu saya ketika itu......

Sambung lagi beliau....

Maka disana nanti di alam abadi yang panjang, berlakulah TRANSAKSI sebanyaknya disana...Di tanya saya pula...bagamanakah untuk mendapatkan PAHALA sebanyaknya Ustaz...lalu terus dijawab Ustaz Ibrahim....Allah telah sediakan PAHALA berganda-ganda di bulan RAMADHAN, dimana sebulan PAHALA nya lebih banyak dari segala bulan malah terdapat BONUS ATAU DIVIDEN pada Malam LAILATULQADAR...

Bagaimanakah dengan bulan-bulan yang lain Ustaz??

Alhamdulillah tuan sudah berkahwin maka solat JEMAAH akan berkali gandakan PAHALA tuan berbanding tidak berkahwin dan SOLAT BERSENDIRIAN...SOLAT BERJEMAAH adalah KAUNTER TERBAIK dan mempunyai anak-anak  juga merupakan kelebihan...Kerana anak-anak yang ramai InsyaAllah beramal SOLEH semua AMALnya menjadi milik IBU BAPA nya juga, ianya umpama KAUNTER dimana pelaburan PAHALA dipulangkan sebanyaknya nanti...dan juga, BACAAN AL-QURAN, AMAL BAIK terhadap IBU BAPA serta ZAKAT FITRAH dan segala perbuatan BAIK adalah untuk PELABURAN disana......Tersenyum manis lagi Ustaz Ibrahim.....

Seketika kemudian lagi....kami berakhir disitu dengan betapa bersyukur dihati ini mendapat ILMU AKHIRAT dari Ustaz Ibrahim...

Kini saya dengan rendah hatinya, mengumpul 10 jari memohon maaf atas kesilapan apa jua sahaja pada para pejuang SAHAM selama PERKONGSIAN kami jika ada yang tidak menyenangkan hati...

InsyaAllah pekongsian ILMU selama ini didalam ini atau diluar sana tidak lain dengan NAWAITU kami untuk menjadikan PERKONGSIAN ILMU demi menaikkan UMMAH SEJAGAT menuju memperbaiki EKONOMI UMAT ISLAM hanyalah untuk dilaburkan sebagai SAHAM AKHIRAT yang lebih besar kelak....

Semoga perkongsian kita disini berkenaan ILMU ini menjadi satu KAUNTER AKHIRAT yang diberkati serta di-redhai oleh Allah SWT.....

WallahuA'lam..

Salam JUMAAT dari saya buat para pejuang SAHAM...

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"