Thursday, February 6, 2014

SUCCESS STRATEGY NO. 02 - SIMPANAN


SUCCESS STRATEGY NO. 02 - SIMPANAN

SIMPANAN.... SIMPANAN.... SIMPANAN..... Sila ulangkan 10 kali lagi untuk terpahat dalam minda para pejuang bahawa wang yang dilaburkan didalam SAHAM adalah wang SIMPANAN bukan wang PINJAMAN. Kembali semula kepada titik tolak pertama dalam PELABURAN iaitu apa yang dilaburkan adalah wang LEBIHAN untuk dijadikan SIMPANAN.

Kenapa tidak wang PINJAMAN di dalam SAHAM???

Wang PINJAMAN lah yang menjadikan sesuatu kerugian apabila PELABURAN yang dilakukan tidak memberi pulangan iaitu kaunter yang dipilih tidak seperti dijangka dan mula turun sehingga Wang PINJAMAN perlu dipulangkan dalam jangka masa tertentu.

Biasa-biasa mendengar RUGI dalam SAHAM?? Biasa sangat-sangat kan mendengar ayat seperti ini...

RUGI sehingga bangkrap
RUGI sehingga terpaksa menjual kereta
RUGI sehingga terpaksa mejual rumah
RUGI sehingga bergolak gadai
RUGI RUGI RUGI....

Apa kena mengena wang dalam pelaburan SAHAM sehingga perlu menghadapi MASALAH diatas?? YA..kerana membuat PINJAMAN dan PINJAMAN perlu dibayar serta menampung INTEREST sekali. Betul bukan?? Jika ini adalah wang SIMPANAN pasti tidak akan berlaku RUGI sehingga terjadi perkara diatas. Jikalau masih RUGI juga dalam menggunakan SIMPANAN ianya adalah berdasarkan ELMU masing-masing dan RUGI adalah tidak membabitkan dengan orang lain atau institusi PINJAMAN yang bakal mengundang 1001 MASALAH.

Di dalam SAHAM tidak akan berlaku RUGI atau UNTUNG selagi tidak menjualnya.

Jika menjualnya lebih tinggi dari harga belian maka akan UNTUNG
Jika menjualnya lebih rendah dari harga belian maka akan RUGI

Jadi, jika SIMPANAN dan para pejuang yakin dengan pelaburan pada sesuatu Syarikat yang telah dikaji sebaik-baiknya, maka biarkan sahaja walaupun berlaku keruntuhan pasaran dan kerana wang tersebut adalah SIMPANAN makan SIMPAN lah dia walau bertahun-tahun serta berbelas tahun lamanya.

Maka ingatlah para pejuang SAHAM, kita tidak mahu RUGI dalam apa jua pelaburan sekalipun. Oleh itu dalam pelaburan SAHAM, ingat lah kita berkali-kali bukan wang PINJAMAN yang digunakan untuk melabur tetapi adalah wang....

SIMPANAN


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, Kaya di Dunia Kaya di Akhirat"