Thursday, February 6, 2014

SEKOLAH


SEKOLAH

eh!! Apa kena mengena pulak SEKOLAH dengan SAHAM?? Pasti para pejuang saham tertanya mengapa agak jauh larinya tajuk kali ini. Betul kan?

Biarlah saya terangkan. Sedikit pendapat sebenarnya berkenaan SEKOLAH ini. Baru-baru ini pelbagai KELAS, SEMINAR, KURRSUSS dan pelbagai PROGRAM yang diwujudkan atau sememangnya telah wujud bertahun-tahun malah berbelas tahun atau berpuluh tahun.

Para pejuang saham sendiri rasanya boleh menyenaraikan beberapa atau berpuluh program perkongsian elmu ini.

Saya menggarapkan situasi diatas umpama SEKOLAH dimana SEKOLAH juga diwujudkan untuk perkongsian elmu sebenarnya. Guru adalah orang yang tahu dan mengajar kepada yang tidak mengetahui.

SEKOLAH pula ada pelbagai jenis. Dari SEKOLAH BIASA, SEKOLAH SWASTA, SEKOLAH KHAS, SEKOLAH PONDOK, SEKOLAH TEKNIK, SEKOLAH SAINS dan pelbagai lagi sebenarnya. Di Malaysia sehingga diwujudkan SEKOLAH mengikut bangsa tersebut. CINA INDIA dan ARAB. Benar kan?

Pernah dengar SEKOLAH ini tidak puas hati wujudnya SEKOLAH itu?? SEKOLAH itu tidak puas hati SEKOLAH ini??? SEKOLAH sana dan SEKOLAH sini bergabung memulaukan SEKOLAH-SEKOLAH lain??? Tidak pula kedengaran macam ini...

PELAJAR pula berhak memilih SEKOLAH mana dikehendakinya. Tiada paksaan memilih SEKOLAH-SEKOLAH yang disukai...Bijak atau pandai PELAJAR tersebut bukan atas pilihan GURU-GURU atau SEKOLAH tersebut. Ditekan disini bahawa pemilihan SEKOLAH adalah pilihan PELAJAR sendiri. Benar kan??

Oleh itu, SEKOLAH-SEKOLAH tidak berhak membuat borak sebelah tingkap mengata itu ini kepada SEKOLAH-SEKOLAH yang lain... Jika sentimen ini berlanjutan dan membuatkan SEKOLAH-SEKOLAH lain ini tutup, mampukah SEKOLAH-SEKOLAH yang umpama gah pada pendirian mereka sendiri menampung segala Ummat yang dahagakan elmu ini???? Tidak mampu rasanya...

Sebaiknya, kita memberi sokongan kepada setiap SEKOLAH yang lain...buat pertukaran PELAJAR....buat perkongsian antara GURU-GURU....dan kita selalu diingatkan...Amal Perbuatan dan juga Elmu yang Bermanfaat akan meneman serta menjadi bekalan di Akhirat kelak....

Betapa indahnya jika Rasulullah SAW yang tercinta berbangga dengan kita menaik nilai ummat Beliau bukan bercakaran, bermusuhan sesama kita.....

Semoga elmu yang kecil perumpaan satu buih dilautan elmu Allah SWT ini bersama kita gunakan dan dikongsikan sebaiknya....

InsyaAllah.......

Buat para pejuang saham sekelian dan diri ini, ingatlah....antara tempat yang dimana para malaikat menebarkan sayapnya ialah di majlis-majlis elmu atau pun di

SEKOLAH


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, Kaya di Dunia Kaya di Akhirat