Monday, February 10, 2014

DISIPLIN


DISIPLIN

Ketika kita memantapkan diri dengan pelbagai elmu dalam pelaburan Saham, ada satu aspek yang tidak boleh dipandang enteng iaitu DISIPLIN. Berapa tinggi menggunung sekalipun elmu FA di ditelitikan, contengan TA penuh di skrin laptop, SA dibaca semahu-mahunya namun ianya berakhir dengan tindakan di hujung JARI yang menekan button BUY dan SELL.

DISIPLIN diperlukan untuk membantu kita sebagai pejuang saham mengatasi EMOSI yang sering mengganggu. Benar seperti dikatakan elmu TA FA SA hanya 10% sahaja selebihnya 90% lagi kembali pada EMOSI. Bagi mengimbangkan kembali EMOSI ini, DISIPLIN adalah sangat membantu.

Tanpa DISIPLIN, tindakan seperti ini akan berlaku.....

- Melompat-lompat bergayutan di kaunter-kaunter sebelum mencapai ROI yang dikehendaki
- Terbeli kaunter tanpa usul periksa hanya melihat kelipan di PLATFORM bercahaya bagaikan Hari Raya Aidilfitri walaupun sebenarnya Hari Raya Qurban
- Merasa pelik melihat jumlah akaun kurang dengan memikirkan 3 kali mendapat keuntungan dalam pelaburan yang sebenarnya ada 5 kali gagal dalam pelaburan
- Perkataan PELABURAN bertukar menjadi PELEBURAN kerana silap pilihan kaunter kerana sentiasa dalam sesi IKUT MENGIKUT dan KEJAR MENGEJAR secara KONSISTEN.

Dan pelbagai lagi situasi-situasi yang boleh kita lihat dengan jelas. Semuanya berlaku apabila EMOSI mengawal diri sepenuhnya.

Oleh itu, marilah kita sebagai pejuang saham ini mempersiapkan serta mengukuhkan diri kita sepenuhnya dengan.....

DISIPLIN


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"