Tuesday, October 7, 2014

SWAP "SAHAM WARRIOR ASAS PELABURAN" - OKTOBER & nOVEMBER 2014


SWAP "SAHAM WARRIOR ASAS PELABURAN"

Keadaan semasa yang sungguh menyesakkan poket ketika ini dengan kenaikan petrol sebanyak 20 sen

>> Perbelanjaan meningkat
>> Harga barang yang naik
>> Aktiviti luar perlu dikurangkan untuk penjimatan
>> Makanan di rumah perlu difikirkan semula untuk menampung kos yang lain
>> Percutian terpaksa ditangguh

Benar bukan? Perkara diatas pasti bermain di fikiran dan minda. Bagaimana wang yang ada untuk tampung semuanya?

Bagaimana jika kami di Saham Warrior menawarkan ILMU MENJANA WANG MELALUI BURSA MALAYSIA pada anda untuk mengatasi segala masalah diatas.

Apa yang kami sediakan untuk anda dalam SWAP

# Langkah demi langkah untuk anda bermula dalam Pelaburan Saham
# Kami kongsikan Formula Mudah untuk diikuti
# 6 langkah mudah dalam pemilihan Syarikat/Kaunter untuk dilaburkan
# Menyediakan platform untuk mendaftar akaun CDS pada hari tersebut tanpa membawa sebarang dokumen sekalipun
# Memberi serba ringkas ILMU FUNDAMENTAL, TECHNICAL dan SENTIMEN ANALYSIS

Dan pelbagai lagi perkara yang kami kongsikan untuk anda

Anda seorang yang BERANI dan BIJAK mengambil langkah UTAMA menghadapi masalah anda?

HUBUNGI SEGERA

SMS/WHATSAP (SWAP) jarak (NAMA) kepada 019.303 5926 / 016.305 3716

Admin
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Tuesday, September 9, 2014

SWAP "SAHAM WARRIOR ASAS PELABURAN" - BASIC CLASS 21 SEPT 2014


SAHAM WARRIOR ASAS PELABURAN

6 September 2014 - Cyberjaya - Kami bersama belia kawasan Sepang berkongsi ilmu pelaburan Saham.
7 September 2014 - Shah Alam - Bersama orang awam dalam perkongsian asas pelaburan Saham ini juga.

21 SEPTEMBER 2014 - SHAH ALAM

Sekali lagi kami di SAHAM WARRIOR membuat kelas ASAS PELABURAN SAHAM untuk mereka yang belum atau sudah bermula tapi membuat kerugian.
MENGAPA ASAS ADALAH PENTING??

Asas permulaan masuklah yang akan membawa anda dimana dan kemana dalam pelaburan Saham ini. Tanpa PINTU MASUK yang betul anda akan sesat dan merayau-rayau mencari haluan yang tepat lagi betul. PINTU MASUK yang betul akan memberi anda langkah berjaya dalam membuat keuntungan sebenar dalam pelaburan.

Pembukaan AKAUN CDS yang salah sahaja sudah memberi kerugian yang tinggi. Tanpa penunjuk haluan ASAS, anda akan bermula secara bersendirian dan membuat kajian sendiri yang lebih beremosi.

KOS ?

Hanya RM50 sahaja. Sangat murah bagi mendapatkan KUNCI PINTU yang tepat dalam permulaan dalam pelaburan. RM50 ini memberi selama 4 jam untuk mendapat pelbagai FORMULA khas lagi MUDAH.

Sanggup rugi RM50 permulaan tanpa ilmu atau Bertindak dengan melabur RM50 dahulu membeli KUNCI PINTU SAHAM anda.

KEUNTUNGAN SAHAM BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA


BERTINDAKLAH !


Daftar segera melalui WASSAP/SMS (NAMA) jarak (SWAP19) kepada 019.303 5926 / 016.305 3716

Jumpa kami disana.

Admin
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, Kaya di Dunia Kaya di Akhirat"

Thursday, August 28, 2014

SWAT CLASS 2014












SWAT CLASS 2014

Gambar peserta yang pernah menghadiri kelas SWAT pada tahun 2014 anjuran SAHAM WARRIOR.
Kami mendoakan anda semua kaya berjaya dalam pelaburan saham di dunia dan juga di akhirat.

Amin Ya Rabbal Aalamin.

Segala ilmu yang dikongsikan bukanlah rahsia. Sebarkanlah apa sahaja ilmu ini apabila terbukti berjaya.

Nur Razaleigh
Coach Pelaburan Saham
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Monday, August 25, 2014

SWAT "SAHAM WARRIOR ADVANCE TEAM" - ADVANCE CLASS 09


BERTINDAK

Bismillahirrahmanirrahim

Selama ini Saham Warrior bermula daripada November 2013 sehingga kini mengotakan janji dengan menyebarkan formula dan cara-cara yang telah dipraktikkan serta terbukti dalam pelaburan Saham.

Pada 1 & 2 September, SWAT iaitu kelas Advance kali ke 9 bakal diadakan di Shah Alam, Selangor. Bagi mereka yang sedang mencari-cari teknik mudah dan tepat untuk membuatkan keuntungan, kami di Saham Warrior sangat-sangat mengalu-alukan untuk hadir.

Peserta kami sebelum ini dari berusia 17 tahun sehingga ke usia 62 tahun mampu membuatnya dan mempraktikkan ilmu di Saham Warrior. Berkonsep mudah difahami dan dipraktikkan membuatkan peserta dari pelajar, pesara, pekerja kerajaan, suri rumah mahupun pekerja profesional. Mampu melakukannya.

Tiada yang menghalang anda berjaya selain diri anda sendiri.
Ramai telah mengambil langkah utama. 

Anda bila lagi?

Jangan teruskan masa berlalu, teruskan langkah pertama dengan..

BERTINDAK SEKARANG


Nur Razaleigh
Coach Pelaburan Saham
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Thursday, June 12, 2014

MATLAMAT


MATLAMAT

Bismillahirrahmanirrahim

Salam buat sahabat-sahabat pejuang saham sekalian. Setelah beberapa bulan berdiam diri dari berbicara di dalam blog ini, bukanlah bermaksud menarik atau mengundurkan diri dari Pelaburan Saham yang sememangnya di dalam hati walau dimana jua berada.

Sibuk?

Benar, kerana Pelaburan Saham inilah yang menyebabkan kesibukan ini berlaku. Salah Pelaburan Saham ini juga yang membuatkan topi yang dipakai bertanda TRADER bertukar menjadi INVESTOR.

Kenapa?

Bahkan tidak, dihadapan sekarang melalui Pelaburan Saham terbentang luas penjanaan wang secara benar dan mudah bersama ilmu.

Alhamdulillah jalannya begitu terang dan lurus ketika ini tanpa berliku.

Jadi kini setelah mengetahui perkara ini yang sepatutnya menguntungkan, tetap ada masalahnya sehingga perlu bertukat topi tadi.

Masalah?

Ye masalah. Sangat bermasalah dan masalah ini besar. Ini menjawab kepada tajuk utama di atas iaitu Matlamat

Diperjelaskan begini.

Apabila kita sebagai para pejuang saham mula mengetahui bagaimana membuat keuntungan melalui Pelaburan Saham, dihadapan akan berbaris melebihi 10 kaunter untuk dibeli. Jadi ini yang akan mengubahkan MATLAMAT yang dirancang seawalnya. Apakan tidak, kita pernah membaca post berkenaan MONKEY bukan. MONKEY yang melompat kerana WANG pelaburannya adalah terhad untuk berada di sesuatu kaunter, namun jika MONKEY ini mempunyai banyak WANG pasti tanpa melompat, dia dengan senang lenang mempunyai seberapa banyak kaunter yang dimahukan.

Maka berubahlah..

MATLAMAT DAHULU - menjana 10% setiap pelaburan pada satu kaunter
MATLAMAT SEKARANG - mempunyai kaunter-kaunter sebagai TRADER dan INVESTOR tanpa terhad dan setiapnya memberi keuntungan sebanyaknya.

Jadi...Mengapa sibuk?

Ye..sibuk menjana wang dari perniagaan yang ada untuk di letakkan didalam Pelaburan Saham kerana kita pengguna CASH ACC.

Semuanya salah Pelaburan Saham ini sehingga terpaksa sibuk sementara dan terpaksa menukarkan

MATLAMAT


Nur Razaleigh
Coach Pelaburan Saham
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Friday, March 7, 2014

TEKNIK 01 - UPTREND


Assalamualaikum wbt
Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW

Salam Jumaat yang Barakah untuk semua.

TEKNIK 01 - UPTREND

Alhamdulillah, setelah berbulan Saham Warrior berkongsikan perkara berkaitan Emosi dan Cara-cara menjadi seorang Pelabur Bijak serta sedikit Asas-asas bekenaan Saham. Kini sedikit topik yang lebih mendalam iaitu bagaimana bagaimana memilih Kaunter yang sesuai untuk mulakan pelaburan Saham.

Pelbagai Teknik sebenarnya digunakan oleh Pelabur Saham dari melakukan pelbagai Kajian seakan mengambil PHD dalam Saham sehinggalah Teknik Membaling Dat untuk menjual beli dan ada juga menggunakan Teknik Firasat Deria ke-6. Namun apa yang Saham Warrior seringkali kongsikan untuk memilih sesuatu Kaunter selain daripada ianya Patuh Syariah, ianya pastilah Kaunter yang UPTREND.

Bagaimana melihat sesuatu kaunter itu UPTREND?

Cara Mudah melihat UPTREND adalah melalui TA atau bacaan graf. Pergerakan bacaan hari ke hari akan memberikan satu TREND dan seimbas melihat kita boleh melihat samada ianya UPTREND, SIDEWAY, DOWNTREND ataupun SPECULATE TREND. Bentuk UPTREND adalah menuju atau menaik ke atas. UP itu sahaja membawa erti Naik.

Perhatikan pada Image pada Post ini. Jika Pelaburan dilakukan kepada Kaunter yang berbentuk UPTREND. Sebarang pembelian di mana-mana harga membawa kepada Keuntungan. Jika kita sebagai pelabur jangkamasa panjang juga tidak akan memberi kebimbangan atas pelaburan ini. Berbanding dengan membuat pelaburan kepada Kaunter bentuk TREND yang lain. Sudah tentu hala tuju masih belum ditentukan.

Namun begitu, Saham Warrior melihat Kaunter yang UPTREND dan konsisten sekurang 2 bulan adalah pilihan terbaik untuk dijadikan Pelaburan berbanding kenaikan mendadak 2 minggu atau sebulan yang adakalanya ianya di naikkan oleh MAFIA.

Selain itu, pembelian kepada Kaunter UPTREND juga lebih sihat antara pelabur dimana jual beli yang dilakukan menguntungkan masing-masing hanya cepat dan lambat sahaja perbezaannya. Jika hendak dibandingkan Kaunter berbentuk lain hendak-hendak lagi berbentuk SPECULATE TREND. Keuntungan kita adalah dengan menindas pembeli Saham yang lain jika kita meninggalkannya di Puncak. Adakah mampu kita menahan segala cemukan dan keluhan apalagi sumpah seranah mangsa Pelaburan? Pasti tidak.

Oleh itu para pejuang Saham, teruslah menjadi pelabur yang bijak dengan menggunakan pelbagai Teknik yang berkesan antaranya adalah...

TEKNIK 01 - UPTREND


Nur Razaleigh 
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"