Friday, March 7, 2014

TEKNIK 01 - UPTREND


Assalamualaikum wbt
Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW

Salam Jumaat yang Barakah untuk semua.

TEKNIK 01 - UPTREND

Alhamdulillah, setelah berbulan Saham Warrior berkongsikan perkara berkaitan Emosi dan Cara-cara menjadi seorang Pelabur Bijak serta sedikit Asas-asas bekenaan Saham. Kini sedikit topik yang lebih mendalam iaitu bagaimana bagaimana memilih Kaunter yang sesuai untuk mulakan pelaburan Saham.

Pelbagai Teknik sebenarnya digunakan oleh Pelabur Saham dari melakukan pelbagai Kajian seakan mengambil PHD dalam Saham sehinggalah Teknik Membaling Dat untuk menjual beli dan ada juga menggunakan Teknik Firasat Deria ke-6. Namun apa yang Saham Warrior seringkali kongsikan untuk memilih sesuatu Kaunter selain daripada ianya Patuh Syariah, ianya pastilah Kaunter yang UPTREND.

Bagaimana melihat sesuatu kaunter itu UPTREND?

Cara Mudah melihat UPTREND adalah melalui TA atau bacaan graf. Pergerakan bacaan hari ke hari akan memberikan satu TREND dan seimbas melihat kita boleh melihat samada ianya UPTREND, SIDEWAY, DOWNTREND ataupun SPECULATE TREND. Bentuk UPTREND adalah menuju atau menaik ke atas. UP itu sahaja membawa erti Naik.

Perhatikan pada Image pada Post ini. Jika Pelaburan dilakukan kepada Kaunter yang berbentuk UPTREND. Sebarang pembelian di mana-mana harga membawa kepada Keuntungan. Jika kita sebagai pelabur jangkamasa panjang juga tidak akan memberi kebimbangan atas pelaburan ini. Berbanding dengan membuat pelaburan kepada Kaunter bentuk TREND yang lain. Sudah tentu hala tuju masih belum ditentukan.

Namun begitu, Saham Warrior melihat Kaunter yang UPTREND dan konsisten sekurang 2 bulan adalah pilihan terbaik untuk dijadikan Pelaburan berbanding kenaikan mendadak 2 minggu atau sebulan yang adakalanya ianya di naikkan oleh MAFIA.

Selain itu, pembelian kepada Kaunter UPTREND juga lebih sihat antara pelabur dimana jual beli yang dilakukan menguntungkan masing-masing hanya cepat dan lambat sahaja perbezaannya. Jika hendak dibandingkan Kaunter berbentuk lain hendak-hendak lagi berbentuk SPECULATE TREND. Keuntungan kita adalah dengan menindas pembeli Saham yang lain jika kita meninggalkannya di Puncak. Adakah mampu kita menahan segala cemukan dan keluhan apalagi sumpah seranah mangsa Pelaburan? Pasti tidak.

Oleh itu para pejuang Saham, teruslah menjadi pelabur yang bijak dengan menggunakan pelbagai Teknik yang berkesan antaranya adalah...

TEKNIK 01 - UPTREND


Nur Razaleigh 
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Thursday, March 6, 2014

PEMBAZIRAN


PEMBAZIRAN

Assalamualaikum wbt

Pembaziran merupakan satu topik yang biasa-biasa kita mendengar dimana-mana. Makanan yang tidak dihabiskan adalah Pembaziran. Masa yang tidak digunakan secara bijak juga adalah Pembaziran dan yang paling kerap didengar adalah Pembaziran Wang. Inilah yang ramai pelabur terlepas pandang akibat dan kesan yang menyebabkan Pembaziran ketika membuat Pelaburan Saham.

Bagaimana ini berkaitan?

Kita senantiasa mengatakan Kerugian dalam Pelaburan Saham adalah perkara biasa. Mana pula adanya sesuatu perniagaan yang senantiasa membuat Keuntungan, pasti juga ada Kerugian yang tidak dapat dielakkan. Benar. Pasti ada Kerugian tetapi jika tidak mengambil tindakan dengan mempelajari atau mendalami ilmu serta mempraktikkan untuk mengelakkannya, bukankah ini dinamakan Pembaziran Wang apabila pelaburan yang dibuat menghadapi Kerugian.

Para pejuang Saham sekelian. Mungkin bagi insan-insan yang mempunyai Wang yang banyak akan mengatakan "Ini adalah Wang Lebihan, apalah sangat dengan kerugian Rm1, Rm10, Rm100, Rm1000 atau berapa sahaja, masih banyak lagi Wang di dalam Bank".

Namun diluar sana, begitu ramai insan lain yang memerlukan Rm1, Rm10, Rm100 ini mahupun hanya 10sen. Setiap hari mereka bekerja keras mengerah segala tenaga yang ada untuk mendapatkannya. Keperluan mereka ini mungkin untuk mengisi perut yang lapar berhari-hari, menampung kos kehidupan yang sempit, menanggung keperluan anak-anak yang belajar dan pelbagai lagi yang mereka perlukan walaupun hanya Rm1.

Oleh itu, sebagai Pelabur Saham yang Bijak marilah kita bertanggung jawab sepenuhnya dengan Wang Pelaburan ini. Mencari dan mempraktikkan sebanyaknya Ilmu membuat Keuntungan dalam Pelaburan ini tanpa Kerugian dan seterusnya mengelakkan...

PEMBAZIRAN


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"