Monday, November 18, 2013

BERKUMPULAN & BERSENDIRIAN



BERKUMPULAN & BERSENDIRIAN

Kembali dengan bacaan santai kita, perkataan yang sangat mudah difahami iaitu BERKUMPULAN atau BERSENDIRIAN dalam bertindak di dunia SAHAM.

Tindakan yang dilakukan oleh kita pastilah akan memberi kesan dan hasil yang berbeza. Oleh itu, bertindak secara BERKUMPULAN atau secara BERSENDIRIAN memberi impak yang berlainan.

Untuk memudahkan pemahaman berkenaan topik ini, marilah kita membuat Al Kisah seperti biasa...Para pejuang saham, sila ambil tempat di sofa masing2 bersama pop corn madu dan mineral sejuk di tangan.

Al Kisah......

BERSENDIRIAN

Dato Muda, sebelum bergelar usahawan berjaya, beliau merupakan seorang penjual keropok lekor kecil-kecilan di Shah Alam. Berniaga dengan ber'title' LONE RANGER atau SOLO atau BERSENDIRIAN memberikan hasil yang kecil dengan masa bekerja yang sangat padat. Seawal pagi, Dato Muda perlu bangun sebelum subuh dan memandu kereta Kancil Sportnya membelah kesejukan Subuh itu untuk mendapatkan bahan mentah untuk perniagaannya di Kuala Selangor. Perjalanan yang jauh untuk pergi balik mengambil masa 2 Jam. Sepanjang masa itu, badannya berpeluh dan melekat dibaju akibat dari penghawa dingin keretanya yang rosak sejak 10 tahun yang lalu.

Sampai sahaja di lokasi tempat berniaganya bersebelahan dinding luar Kopitiam Trader, Dato Muda pun mulalah mendirikan payung, meja lipat dibuka luas, tong gas dan alat memasak disusun rapi. Wang syiling dan wang kertas kecil segenggam di masukkan dalam poket apronnya. Api dibuka, minyak dipanaskan, maka mulalah Dato Muda ini berniaga.

Kawasan tersebut yang agak jauh dari kawasan perumahan menyebabkan 2 jam berlalu tanpa pengunjung. Namun disebabkan HOPE ANALYSIS Dato Muda begitu tinggi, beliau tetap menunggu dan akhirnya ada kereta berhenti membeli RM1 keropok lekornya. Selang sejam datang pula sepasang kekasih sejoli Tan Sri Rizal bersama isterinya Madam Hazrina membeli keropok lekor RM2 sahaja untuk berkongsi bersama, kemudian berlalulah mereka ke Kopitiam Trader untuk bertemu rakan-rakan mereka disana.

Akhirnya sehingga pukul 6.30 petang berjayalah Dato Muda mendapat hasil berniaga pada hari itu sebanyak RM 11.50. Dalam kepenatan, Dato Muda masukkan semula barang-barang perniagaannya ke dalam Kancil Sportnya.

Pulang ke rumah, dibukanya TV11 dimana rancangan RANCAK BUAL INSAN BERJAYA yang ketika itu ditampilkan Dato Nezam untuk berkongsi kejayaan perniagaannya. Antara perkataan yang menyentap hati Dato Muda adalah BERKUMPULAN dalam bertindak. Maka mulalah beliau mengorak langkah selepas itu.....

BERKUMPULAN

Kini, Dato Muda tidak lagi seperti 2 tahun yang lalu...beliau sekarang memiliki sebuah syarikat pengusaha keropok lekor terbesar di Malaysia dan telah berjaya melakukan pasaran luar negara sehingga terkenal di Tokyo hinggalah ke London. Apakah yang berlaku pada Dato Muda???

Beliau telah melakukan tugasan sehariannya sebelum ini secara BERKUMPULAN iaitu telah mengumpulkan sahabat-sahabat yang mempunyai minat yang sama terhadap keropok lekor. Perbincangan demi perbincangan dilakukan sehingga mereka mendapat pelbagai idea-idea baru dari segi pemasaran, pengurusan, pembungkusan produk dan pelbagai lagi teknik-teknik yang berkesan dalam penjualan keropok lekor ini. Dengan secara BERKUMPULAN, segala masalah yang timbul dihadapi bersama dan diatasi secara bijaksana.

Perkongsian dari pelbagai cabang ILMU juga berjaya dikumpulkan menjadikan perniagaan Dato Muda teratur dan bersistematik. Maka tindakan Dato Muda selepas itu mula mengikut SISTEM yang betul, mudah, pantas dan memberi pulangan yang besar hari demi hari. Dari hasil pulangan 3 angka sehari, kini menjadi 5 angka dalam sehari, hasil tindakan secara BERKUMPULAN ini. Maka Kancil Sportnya telah diganti dengan AVENTADOR berwarna hitam yang diimpikannya selama ini.

DUNIA SAHAM

Sama juga dengan keadaan kita dalam bertindak dalam arena SAHAM ini, tindakan BERSENDIRIAN dan BERKUMPULAN juga memberi impak yang berlainan.

Dengan BERSENDIRIAN, tiadalah perkongsian ILMU berlaku, tiadalah teguran para sahabat lain dalam kita bertindak sebagai pelabur. MASALAH yang dihadapi BERSENDIRIAN juga membuat kita mudah putus asa, malah boleh menyebabkan kerugian yang besar dalam pelaburan. Kerana dengan ILMU yang tinggi pastilah memberi hasil yang tinggi juga mengikut sukatan tahap ILMU tersebut. Jika BERSENDIRIAN, bagaimanakah kita mahu mendapatkan ILMU sebanyaknya??

Ya, kita boleh mendapatkan ILMU melalui BACAAN tetapi dengan BERKUMPULAN, kita boleh melakukan PERBINCANGAN yang mana setiap ahli dalam kumpulan dapat memberi pandangan masing-masing. Kepakaran masing-masing juga dapat dikongsi. Dalam DUNIA SAHAM, setiap pelabur mempunyai kekuatan yang tersendiri. Ada yang pakar dalam FUNDAMENTAL ANALYSIS,  TECHNICAL ANALYSIS, NEWS & RUMOURS, TRADER PSYCHOLOGY, MARKET SENTIMEN, LOCAL & FOREIGN FUND, CAPITAL CONTROL, TRADE STRATERGY dan banyak lagi. Bolehkah dengan BERSENDIRIAN, kita dapat mengumpulkan segala maklumat ini dengan selengkapnya dengan tepat sebagai pelabur??

Oleh itu, para pejuang SAHAM marilah kita bertindak secara BERKUMPULAN atau berada dalam KUMPULAN arus SAHAM yang sama. Ianya lebih baik dari kita sesat di dunia BERSENDIRIAN.

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"