Saturday, December 7, 2013

SIAPAKAH ANDA??


SIAPAKAH ANDA??

Agak tidak meriah rasanya kalau di dalam Malaysia ini hanya ada orang Melayu sahaja atau hanya orang Cina atau India ataupun satu-satu kaum sahaja di Malaysia ini. Kemana-mana sahaja para pejuang bergerak di muka bumi negara kita ini hanya rupa yg hampir sama.... Tak meriah bukan....

Ataupun setiap orang yang dilahirkan pasti tidak sama antara satu sama lain....Persekitaran, didikan, pengalaman berbeza mencorakkan identiti seseorang. Ada orang yang bersifat pemalu, pemarah, pemurah dan pelbagai lagi sifat-sifat lain. Jika berkata tentang makanan, pelbagai makanan ada dalam pasaran, namun peminatnya adalah berbeza mengikut kesukaan masing-masing.

Begitu juga di dalam dunia saham ini, pelbagai sifat pelabur boleh kita lihat dan dapati. Sebelum ianya diperincikan lebih dalam dan digali semahunya sehingga tahap sikap dan sifat pelabur yang mencorak pergerakan saham, lebih mudah kita perincikan pada yang 3 golongan utama orang awam yang menjadi pelabur ini.

Mereka terdiri daripada >>

INVESTOR
TRADER
GAMBLER

INVESTOR

INVESTOR adalah mereka yang mememgang unit saham dalam jangka masa panjang, iaitu jangka masa 3 BULAN sehingga ada menjangkau tempoh yang panjang sehingga bertahun-tahun. Keuntungan mereka ini boleh mencecah 30% sehingga 100% ke atas. Walaupun tidak menjual dan mendapatkan keuntungan  melaluinya, para INVESTOR selalunya meraih juga keuntungan melalui DIVIDEN yang ada kala memberi dalam bentuk keuntungan % atau dalam jumlah keuntungan melalui RINGGIT atau SEN untuk setiap unit saham yang dipegang. Sebagai pelabur, menjadi INVESTOR adalah yang terbaik sekali antara semua. Namun pemilihan syarikat yang dilaburkan haruslah sebuah syarikat yang kukuh dan sangat stabil.

TRADER

Golongan TRADER pula merupakan mereka yang memegang unit saham dalam jangka pendek iaitu dalam 1 hari sahaja atau beberapa hari dan yang paling lama adalah dalam lingkungan SEBULAN. TRADER adalah yang merancakkan jualan dan belian setiap hari sehingga ada kalanya membeli beberapa kaunter seterusnya menjual semula dan mencari kaunter-kaunter yang lain selepas itu dalam jangka masa terdekat. Keuntungan dicari adalah serendah 1% atau boleh mencecah 25%. Namun kerugian juga begitu tinggi jika tanpa ILMU. Oleh itu, golongan TRADER merupakan mereka yang cekap dalam BACAAN FA & TA dan sangat aktif dalam dunia saham secara konsisten serta sangat peka dalam SENTIMEN atau apa sahaja yang berlaku dalam dan luar negara.

GAMBLER

Buat pejuang saham sekalian....mari kita elakkan sejauh-jauhnya dari menjadi GAMBLER. Golongan yang masuk dalam pelaburan tanpa ILMU dan mengharapkan NAIK atau TURUN berdasarkan emosi diri. RUGI dan UNTUNG menjadi 50/50. Dalam keadaan ini, hukum bagi pelaburan ini adalah HARAM kerana GAMBLER ialah seorang yang BERJUDI. Golongan ini selalunya akan lebih banyak RUGI namun tetap mengulangi perkara yang sama berkali-kali...

Inilah 3 golongan utama sebagai pejuang saham dalam dunia saham ini. Oleh itu, lihat dalam diri masing-masing secara dalam-dalam.....

SIAPAKAH ANDA??

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"