Saturday, February 8, 2014
SUCCESS STRATEGY NO. 03 - KAJIAN
KAJIAN
Kali ini saya membawa kepada perkara yang penting dalam pelaburan saham iaitu KAJIAN atau lebih tepat dikenali sebagai ANALISIS. Dipermudahkan dengan kita menyebutnya sebagai KAJIAN sahaja buat masa ini.
Terdapat pelbagai KAJIAN yang harus dilakukan kerana ini adalah pelaburan dimana ianya juga adalah satu perniagaan. Bukan main-main atau ikut-mengikut ajakan orang.
Bunyinya lebih menarik begini...
Kita ingin mengahwini seseorang yang bakal menjadi teman hidup kita. Adakah semudah mengenal namanya terus sahaja kita ajukan untuk berkahwin terus. Tidak bukan.... Pastilah kita kaji dahulu personalitinya? Baikkah orangnya? Sesuaikah insan ini menjadi ibu atau ayah kepada anak-anak kita nanti? Serta pelbagai persoalan yang perlu dijawab yang mana sebenarnya kita sedang membuat kajian terhadapapnya. Setuju??
Begitulah dalam pelaburan saham ini. Pemilihan kaunter bukan sewenang-wenangnya. Pilihan bersama kajian yang tepat sangat penting tetapi tidaklah perlu berminggu-minggu untuk membuat KAJIAN umpama hendak bersatu terus dengan syarikat tersebut. Cukup mengambil masa 1 atau 2 jam untuk membuat kajian dan seterusnya melakukan pelaburan saham keatasnya. Keputusan yang diambil berdasarkan kajian sendiri ini bakal membantu mengelakkan kerugian dan menambahkan keyakinan atas pelaburan tersebut dan mampu bertahan dalam genggaman selama mana ingin dipegang oleh kita berdasarkan ROI yang diingini.
Jadilah pelabur bijak dalam dunia saham dengan membuat pelaburan bermula dengan....
KAJIAN
Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"