Thursday, June 12, 2014

MATLAMAT


MATLAMAT

Bismillahirrahmanirrahim

Salam buat sahabat-sahabat pejuang saham sekalian. Setelah beberapa bulan berdiam diri dari berbicara di dalam blog ini, bukanlah bermaksud menarik atau mengundurkan diri dari Pelaburan Saham yang sememangnya di dalam hati walau dimana jua berada.

Sibuk?

Benar, kerana Pelaburan Saham inilah yang menyebabkan kesibukan ini berlaku. Salah Pelaburan Saham ini juga yang membuatkan topi yang dipakai bertanda TRADER bertukar menjadi INVESTOR.

Kenapa?

Bahkan tidak, dihadapan sekarang melalui Pelaburan Saham terbentang luas penjanaan wang secara benar dan mudah bersama ilmu.

Alhamdulillah jalannya begitu terang dan lurus ketika ini tanpa berliku.

Jadi kini setelah mengetahui perkara ini yang sepatutnya menguntungkan, tetap ada masalahnya sehingga perlu bertukat topi tadi.

Masalah?

Ye masalah. Sangat bermasalah dan masalah ini besar. Ini menjawab kepada tajuk utama di atas iaitu Matlamat

Diperjelaskan begini.

Apabila kita sebagai para pejuang saham mula mengetahui bagaimana membuat keuntungan melalui Pelaburan Saham, dihadapan akan berbaris melebihi 10 kaunter untuk dibeli. Jadi ini yang akan mengubahkan MATLAMAT yang dirancang seawalnya. Apakan tidak, kita pernah membaca post berkenaan MONKEY bukan. MONKEY yang melompat kerana WANG pelaburannya adalah terhad untuk berada di sesuatu kaunter, namun jika MONKEY ini mempunyai banyak WANG pasti tanpa melompat, dia dengan senang lenang mempunyai seberapa banyak kaunter yang dimahukan.

Maka berubahlah..

MATLAMAT DAHULU - menjana 10% setiap pelaburan pada satu kaunter
MATLAMAT SEKARANG - mempunyai kaunter-kaunter sebagai TRADER dan INVESTOR tanpa terhad dan setiapnya memberi keuntungan sebanyaknya.

Jadi...Mengapa sibuk?

Ye..sibuk menjana wang dari perniagaan yang ada untuk di letakkan didalam Pelaburan Saham kerana kita pengguna CASH ACC.

Semuanya salah Pelaburan Saham ini sehingga terpaksa sibuk sementara dan terpaksa menukarkan

MATLAMAT


Nur Razaleigh
Coach Pelaburan Saham
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"