Sunday, February 16, 2014

PILIHAN ANDA!!!


PILIHAN ANDA!!!

Anda boleh menghadiri berapa banyak kelas, program dan seminar atau berjumpa dengan ramai guru-guru, pakar-pakar diluar untuk mendapatkan elmu saham sebanyaknya.

Namun semuanya berbalik kepada diri anda sendiri. Apabila menekan button BUY dan SELL ianya tetap adalah jari sendiri. Tiada orang lain yang akan menekannya.

Bertanggungjawab dengan pelaburan anda.

Setiap penilaian sesuatu kaunter dan kajian sebelum membeli unit sahamnya adalah sangat penting. Tindakan bersama ELMU akan memberi impak yang besar dalam pelaburan seterusnya menentukan pulangan daripadanya.

INGAT!!!

Pelaburan ini akan menjadi mudah dan ringkas untuk membuat KEUNTUNGAN atau juga begitu senang membuat KERUGIAN....semuanya adalah....

PILIHAN ANDA!!!


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Saturday, February 15, 2014

SEMINAR APA ITU SAHAM? SIRI KE-5


[BERITA BAIK!]

Atas sambutan yang sangat menggalakkan, kami akan mengadakan sesi ke-5 SEMINAR APA ITU SAHAM? pada 16 Februari 2014 sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat.

Dalam seminar ini, anda akan didedahkan mengenai:

>> Pelaburan saham secara SAH di Bursa Malaysia (KLCI)

>> Mendapatkan gambaran yang sebenar tentang pelaburan saham. SENANG RUPANYA!

>> Cara membuat KEUNTUNGAN dengan MUDAH dan SELAMAT

>> Asas FUNDAMENTAL dan TECHNICAL ANALYSIS

>> TEKNIK pemilihan kaunter yang berpotensi (Formula FaST)

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI! Sudah ramai yang kami bantu tunjukkan jalan bagaimana membuat keuntungan dalam pelaburan saham secara sah di KLCI.

Ilmu yang SANGAT-SANGAT BERHARGA dengan yuran bayaran SERENDAH Rm50 (jika mendaftar 3 orang)

Sms Atau Whatsapp "SWBASIC NAMA" ke 016-3053716 atau 019-3035926

Thank you ^_^

Admin
SAHAM WARRIOR 

MUDAH

MUDAH

Masih ramai yang mengatakan Saham ini susah...
Tidak disangkal bahawa Saham ini susah jika tanpa ELMU...

Jadi ELMU akan menjadikan pelaburan ini sangat MUDAH...
Masakan kita mampu membuat keuntungan tanpa ELMU...
Bagaimana pula jika kita hendak mengelakkan rugi tanpa ELMU...

Sebenarnya ELMU dalam pelaburan untuk membuat keuntungan tidaklah perlu kita belajar seakan-akan hendak menuju kemenara gading, tidaklah perlu mengambil kelas berbulan-bulan sehingga bertahun hanya ingin membuat keuntungan dalam pelaburan ini.

Kos untuk mendapatkan ELMU ini juga sangat MURAH dan sememangnya MUDAH untuk difahami.
Sudah pasti jika ELMU yang diambil dalam beberapa jam atau beberapa hari sahaja sudah cukup membuat kita mula membuat pelaburan dan mengambil masa yang terdekat membuat keuntungan. Inilah dikatan MUDAH....betul?

Jadi, adakah perlu kita belajar seperti hendak mengambil PHD dalam pelaburan??

Tidak... Yang paling penting sekali adalah ELMU mengetahui

>> Bagaimana memilih kaunter?
>> Bila masa membeli?
>> Bila masa menjual?

Untuk bermula dalam pelaburan saham iaitu membuka akaun sahaja hanya memerlukan RM10 atau Percuma. Bukankah ini....

MUDAH

Nur Razaleigh
Saham Warrior
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Monday, February 10, 2014

DISIPLIN


DISIPLIN

Ketika kita memantapkan diri dengan pelbagai elmu dalam pelaburan Saham, ada satu aspek yang tidak boleh dipandang enteng iaitu DISIPLIN. Berapa tinggi menggunung sekalipun elmu FA di ditelitikan, contengan TA penuh di skrin laptop, SA dibaca semahu-mahunya namun ianya berakhir dengan tindakan di hujung JARI yang menekan button BUY dan SELL.

DISIPLIN diperlukan untuk membantu kita sebagai pejuang saham mengatasi EMOSI yang sering mengganggu. Benar seperti dikatakan elmu TA FA SA hanya 10% sahaja selebihnya 90% lagi kembali pada EMOSI. Bagi mengimbangkan kembali EMOSI ini, DISIPLIN adalah sangat membantu.

Tanpa DISIPLIN, tindakan seperti ini akan berlaku.....

- Melompat-lompat bergayutan di kaunter-kaunter sebelum mencapai ROI yang dikehendaki
- Terbeli kaunter tanpa usul periksa hanya melihat kelipan di PLATFORM bercahaya bagaikan Hari Raya Aidilfitri walaupun sebenarnya Hari Raya Qurban
- Merasa pelik melihat jumlah akaun kurang dengan memikirkan 3 kali mendapat keuntungan dalam pelaburan yang sebenarnya ada 5 kali gagal dalam pelaburan
- Perkataan PELABURAN bertukar menjadi PELEBURAN kerana silap pilihan kaunter kerana sentiasa dalam sesi IKUT MENGIKUT dan KEJAR MENGEJAR secara KONSISTEN.

Dan pelbagai lagi situasi-situasi yang boleh kita lihat dengan jelas. Semuanya berlaku apabila EMOSI mengawal diri sepenuhnya.

Oleh itu, marilah kita sebagai pejuang saham ini mempersiapkan serta mengukuhkan diri kita sepenuhnya dengan.....

DISIPLIN


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Saturday, February 8, 2014

SUCCESS STRATEGY NO. 03 - KAJIAN


KAJIAN

Kali ini saya membawa kepada perkara yang penting dalam pelaburan saham iaitu KAJIAN atau lebih tepat dikenali sebagai ANALISIS. Dipermudahkan dengan kita menyebutnya sebagai KAJIAN sahaja buat masa ini.

Terdapat pelbagai KAJIAN yang harus dilakukan kerana ini adalah pelaburan dimana ianya juga adalah satu perniagaan. Bukan main-main atau ikut-mengikut ajakan orang.

Bunyinya lebih menarik begini...

Kita ingin mengahwini seseorang yang bakal menjadi teman hidup kita. Adakah semudah mengenal namanya terus sahaja kita ajukan untuk berkahwin terus. Tidak bukan.... Pastilah kita kaji dahulu personalitinya? Baikkah orangnya? Sesuaikah insan ini menjadi ibu atau ayah kepada anak-anak kita nanti? Serta pelbagai persoalan yang perlu dijawab yang mana sebenarnya kita sedang membuat kajian terhadapapnya. Setuju??

Begitulah dalam pelaburan saham ini. Pemilihan kaunter bukan sewenang-wenangnya. Pilihan bersama kajian yang tepat sangat penting tetapi tidaklah perlu berminggu-minggu untuk membuat KAJIAN umpama hendak bersatu terus dengan syarikat tersebut. Cukup mengambil masa 1 atau 2 jam untuk membuat kajian dan seterusnya melakukan pelaburan saham keatasnya. Keputusan yang diambil berdasarkan kajian sendiri ini bakal membantu mengelakkan kerugian dan menambahkan keyakinan atas pelaburan tersebut dan mampu bertahan dalam genggaman selama mana ingin dipegang oleh kita berdasarkan ROI yang diingini.

Jadilah pelabur bijak dalam dunia saham dengan membuat pelaburan bermula dengan....

KAJIAN


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Thursday, February 6, 2014

SUCCESS STRATEGY NO. 02 - SIMPANAN


SUCCESS STRATEGY NO. 02 - SIMPANAN

SIMPANAN.... SIMPANAN.... SIMPANAN..... Sila ulangkan 10 kali lagi untuk terpahat dalam minda para pejuang bahawa wang yang dilaburkan didalam SAHAM adalah wang SIMPANAN bukan wang PINJAMAN. Kembali semula kepada titik tolak pertama dalam PELABURAN iaitu apa yang dilaburkan adalah wang LEBIHAN untuk dijadikan SIMPANAN.

Kenapa tidak wang PINJAMAN di dalam SAHAM???

Wang PINJAMAN lah yang menjadikan sesuatu kerugian apabila PELABURAN yang dilakukan tidak memberi pulangan iaitu kaunter yang dipilih tidak seperti dijangka dan mula turun sehingga Wang PINJAMAN perlu dipulangkan dalam jangka masa tertentu.

Biasa-biasa mendengar RUGI dalam SAHAM?? Biasa sangat-sangat kan mendengar ayat seperti ini...

RUGI sehingga bangkrap
RUGI sehingga terpaksa menjual kereta
RUGI sehingga terpaksa mejual rumah
RUGI sehingga bergolak gadai
RUGI RUGI RUGI....

Apa kena mengena wang dalam pelaburan SAHAM sehingga perlu menghadapi MASALAH diatas?? YA..kerana membuat PINJAMAN dan PINJAMAN perlu dibayar serta menampung INTEREST sekali. Betul bukan?? Jika ini adalah wang SIMPANAN pasti tidak akan berlaku RUGI sehingga terjadi perkara diatas. Jikalau masih RUGI juga dalam menggunakan SIMPANAN ianya adalah berdasarkan ELMU masing-masing dan RUGI adalah tidak membabitkan dengan orang lain atau institusi PINJAMAN yang bakal mengundang 1001 MASALAH.

Di dalam SAHAM tidak akan berlaku RUGI atau UNTUNG selagi tidak menjualnya.

Jika menjualnya lebih tinggi dari harga belian maka akan UNTUNG
Jika menjualnya lebih rendah dari harga belian maka akan RUGI

Jadi, jika SIMPANAN dan para pejuang yakin dengan pelaburan pada sesuatu Syarikat yang telah dikaji sebaik-baiknya, maka biarkan sahaja walaupun berlaku keruntuhan pasaran dan kerana wang tersebut adalah SIMPANAN makan SIMPAN lah dia walau bertahun-tahun serta berbelas tahun lamanya.

Maka ingatlah para pejuang SAHAM, kita tidak mahu RUGI dalam apa jua pelaburan sekalipun. Oleh itu dalam pelaburan SAHAM, ingat lah kita berkali-kali bukan wang PINJAMAN yang digunakan untuk melabur tetapi adalah wang....

SIMPANAN


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, Kaya di Dunia Kaya di Akhirat"

SEKOLAH


SEKOLAH

eh!! Apa kena mengena pulak SEKOLAH dengan SAHAM?? Pasti para pejuang saham tertanya mengapa agak jauh larinya tajuk kali ini. Betul kan?

Biarlah saya terangkan. Sedikit pendapat sebenarnya berkenaan SEKOLAH ini. Baru-baru ini pelbagai KELAS, SEMINAR, KURRSUSS dan pelbagai PROGRAM yang diwujudkan atau sememangnya telah wujud bertahun-tahun malah berbelas tahun atau berpuluh tahun.

Para pejuang saham sendiri rasanya boleh menyenaraikan beberapa atau berpuluh program perkongsian elmu ini.

Saya menggarapkan situasi diatas umpama SEKOLAH dimana SEKOLAH juga diwujudkan untuk perkongsian elmu sebenarnya. Guru adalah orang yang tahu dan mengajar kepada yang tidak mengetahui.

SEKOLAH pula ada pelbagai jenis. Dari SEKOLAH BIASA, SEKOLAH SWASTA, SEKOLAH KHAS, SEKOLAH PONDOK, SEKOLAH TEKNIK, SEKOLAH SAINS dan pelbagai lagi sebenarnya. Di Malaysia sehingga diwujudkan SEKOLAH mengikut bangsa tersebut. CINA INDIA dan ARAB. Benar kan?

Pernah dengar SEKOLAH ini tidak puas hati wujudnya SEKOLAH itu?? SEKOLAH itu tidak puas hati SEKOLAH ini??? SEKOLAH sana dan SEKOLAH sini bergabung memulaukan SEKOLAH-SEKOLAH lain??? Tidak pula kedengaran macam ini...

PELAJAR pula berhak memilih SEKOLAH mana dikehendakinya. Tiada paksaan memilih SEKOLAH-SEKOLAH yang disukai...Bijak atau pandai PELAJAR tersebut bukan atas pilihan GURU-GURU atau SEKOLAH tersebut. Ditekan disini bahawa pemilihan SEKOLAH adalah pilihan PELAJAR sendiri. Benar kan??

Oleh itu, SEKOLAH-SEKOLAH tidak berhak membuat borak sebelah tingkap mengata itu ini kepada SEKOLAH-SEKOLAH yang lain... Jika sentimen ini berlanjutan dan membuatkan SEKOLAH-SEKOLAH lain ini tutup, mampukah SEKOLAH-SEKOLAH yang umpama gah pada pendirian mereka sendiri menampung segala Ummat yang dahagakan elmu ini???? Tidak mampu rasanya...

Sebaiknya, kita memberi sokongan kepada setiap SEKOLAH yang lain...buat pertukaran PELAJAR....buat perkongsian antara GURU-GURU....dan kita selalu diingatkan...Amal Perbuatan dan juga Elmu yang Bermanfaat akan meneman serta menjadi bekalan di Akhirat kelak....

Betapa indahnya jika Rasulullah SAW yang tercinta berbangga dengan kita menaik nilai ummat Beliau bukan bercakaran, bermusuhan sesama kita.....

Semoga elmu yang kecil perumpaan satu buih dilautan elmu Allah SWT ini bersama kita gunakan dan dikongsikan sebaiknya....

InsyaAllah.......

Buat para pejuang saham sekelian dan diri ini, ingatlah....antara tempat yang dimana para malaikat menebarkan sayapnya ialah di majlis-majlis elmu atau pun di

SEKOLAH


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, Kaya di Dunia Kaya di Akhirat