Sunday, January 12, 2014
SUCCESS STRATEGY NO 01 - TREND
SUCCESS STRATEGY NO 01 - TREND
Bismillahirrahmanirrahim......Selawat dan Salam keatas junjungan besar lagi mulia Nabi Muhammad SAW...
Permulaan pembuka bicara untuk tahun 2014....separuh bulan berlalu, kini SAHAM WARRIOR membuat ikrar dan azam agar tahun ini lebih banyak dapat berkongsi ilmu kepada semua pejuang saham yang bergelar PELABUR BIJAK samada dalam SAHAM DUNIA atau SAHAM AKHIRAT.
Maka itu, tajuk pertama bagi tahun ini bermula dengan....
SUCCESS STRATEGY NO. 01 - TREND
Yer benar......inilah stratergi no.1 iaitu TREND untuk berjaya dalam SAHAM. TREND inilah yang akan menjadikan kita sebagai Pelabur Bijak memilih sesuatu kaunter. Ada perumpamaan yang boleh diberi pada TREND iaitu : "TREND IS OUR BEST FRIEND"..."KAWAN TERBAIK KITA ADALAH TREND"
Persoalan...Apa itu TREND???
TREND dialih bahasa adalah ALIRAN..dalam SAHAM ada 4 TREND..
1. UPTREND
2. SIDEWAY
3. DOWNTREND
4. SPECULATE TREND
Masih samar-samar? Biar kita permudahkan dengan "Alkasih" seperti biasa....
UPTREND
Tuan Azril pada 3 tahun dahulu adalah pengguna basikal RALEIGH untuk kemana-mana sahaja, setahun kemudiannya beliau berjaya membeli motorsikal EX5, setahun selepas itu pula beliau menggunakan PROTON INSPIRA dan pada tahun ini selepas berjaya dalam perniagaan serta bergelar SIR Azril, beliau upgred kenderaannya dengan membeli AVENTADOR.
Jadi inilah UPTREND iaitu bermula dari bawah kemudiannya semakin berjaya dan terus berjaya. Hidup umpama luar biasa.
SIDEWAY
En Gon pula pada 10 tahun yang lalu menggunakan kereta SAGA sebagai pengangkutannya untuk kemana-mana destinasi, 5 tahun selepas itu, kereta SAGA itu masih digunakannya tanpa ada kenderaan lain, dan pada tahun ini disebabkan enjinnya SAGA itu masih bagus agaknya, En Gon tetap menggunakannya.
Oleh itu, SIDEWAY merupakan biasa-biasa sahaja...tiada perubahan yang boleh dilihat...
DOWNTREND
En Dol pula kehidupannya lebih mencabar...Awal tahun lepas adalah pengguna Suzuki SWIFT, pertengahan tahun disebabkan hobinya suka melakukan pemborosan, En Dol terpaksa menjual SWIFT dan mnggunakan HONDA CUP. Awal tahun ini pula disebabkan rasa lebih dengan hobinya itu, beliau dengan relahati menjadi PEJALAN KAKI sepenuh masa.
Maka, DOWNTREND semakin lama semakin menurun...hidup dengan kerugian....
SPECULATE TREND
En Ong sememangnya seorang yang pelik....5 bulan lalu dia pengguna LRT hari-hari, tiba-tiba 2 bulan selepas itu En Ong menggunakan Toyota CAMRY hanya untuk beberapa hari sahaja..tiba-tiba lagi selepas itu En Ong menjadi pengguna LRT semula hingga hari ini...dan begitulah hidupnya.....CAMRY beberapa hari selebihnya banyak bersama LRT...
Jadi, SPECULATE TREND adalah seperti kehidupan misteri, pelik dan ajaib serta mengelirukan...
Daripada Al-kisah diatas.......
Apakah kehidupan pilihan kita semua???
Benar.....100% akan mengatakan kehidupan UPTREND.....
Siapa yang mahukan kehidupan biasa-biasa, merudum turun atau yang pelik-pelik....
Sama juga dalam PELABURAN SAHAM. Ada Syarikat yang membuat keuntungan, ada yang tidak bergerak-gerak atau rugi dan terus rugi. Yang pelik ada juga Syarikat yang tiba-tiba sahaja unit sahamnya mendadak naik Al-Musykil lagi ajaib angkara SPECULATOR.
Sebagai Pelabur Bijak, kita akan memilih Syarikat yang berkeadaan UPTREND yang terbaik dimana Syarikat tersebut mempunyai PENGURUSAN yang terbaik, BISNES atau PERKHIDMATAN yang semakin bagus lagi terbaik dan HARGA SAHAM yang bergerak naik mengikut potensi Syarikat.
Dimana hendak melihat TREND ini??
Sudah pasti pada FUNDAMENTAL SYARIKAT atau GRAF pergerakan unit sahamnya. Seimbas pandang, kita dah bleh mengkategorikan TREND-TREND ini....
Jadilah pelabur bijak dan membuat keuntungan sebanyaknya dengan berpandukan ilmu dalam pelaburan saham dan salah satunya adalah dengan mengenal pasti potensi Syarikat melalui....
TREND
Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"
Subscribe to:
Posts (Atom)