Tuesday, December 24, 2013
WHAT? WHY? WHEN?
WHAT? WHY? WHEN?
3 soalan yang selalu kita dengar bukan? Mungkin juga kita menggunakan soalan-soalan ini dalam kehidupan seharian. Bagi kita dalam melakukan sesuatu, 3 soalan ini pasti lah menjadi rutin dalam melaksanakan sesuatu. Contoh yang sangat mudah adalah situasi memilih Baju dan memilih Makanan.
Situasi memilih Baju ke Surau
WHAT - Apakah Baju yang hendak dipakai?
Baju Melayu
WHY - Kenapa hendak pakai Baju Melayu?
Sebab hendak pergi ke Surau
WHEN - Bilakah yang sesuai hendak di pakai?
Sebelum masuk waktu Solat Fardhu
Situasi memilih Makanan untuk Sarapan
WHAT - Apakah Makanan yang hendak dimakan?
Sandwich
WHY - Kenapa Sandwich?
Untuk alas perut dan tidak mengantuk kalau dibandingkan dengan makanan berat
WHEN - Bila yang sesuai hendak makan?
Seawal pagi sebelum mula bekerja
Begitulah antara contoh mudah untuk kita melakukan sebarang aktiviti dengan 3 soalan utama. Belum lagi dengan tambahan soalan-soalan tambahan lain yang lebih terperinci.
Oleh itu, dalam Dunia Saham juga, kita harus mempersoalkan beberapa kali sebelum membuat pelaburan dengan membeli unit saham sesuatu Syarikat itu.
WHAT?
Apakah Syarikat yang kita pilih untuk buat pelaburan?
Apakah produk atau khidmat yang disediakan?
WHY?
Mengapakah kita memilihnya?
Berdasarkan Sentimen ketika ini?
Dividen dan Bonus yang tinggi?
Pengurusan Syarikat yang bagus?
WHEN?
Bilakah masa yang sesuai untuk MEMBELI unit sahamnya?
Bilakah masa yang sesuai untuk MENJUAL unit sahamnya?
Banyak lagi persoalan yang boleh diajukan sebelum membuat pelaburan dalam Dunia Saham.
Seperti contoh diatas, kita takkan sewenang-wenangnya makan sebarangan sebelum masuk ke tekak..takkan semudah mengambil batu untuk dikunyah menjadi santapan. Begitu juga dalam dunia Saham. Pilihan yang terbaik harus tepat dan bukan secara seberono melulu. Sekurang-kurangnya kita gunakan 3 soalan mudah sebelum memilih sesuatu Syarikat iaitu....
WHAT? WHY? WHEN?
Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"