MAFIA
Whatttt???......MAFIA!!!!!!
Yessss para pejuang.....dalam pasaran saham memang ada MAFIA......atau lebih dikenali sebagai SPECULATOR dikalangan pelabur saham....kenapa dipanggil MAFIA??? Tersentap pula insan-insan SPECULATOR..maaflah sesiapa yang tersentap..tetapi tahukah apa yang selalu dilakukan oleh mereka ini.....????
Mereka ini membeli sesuatu kaunter secara BERKUMPULAN dan membuat rancangan membeli untuk kepentingan mereka....
Syarikat yang menjadi medan permainan mereka juga selalunya syarikat-syarikat yang sudah lama tidak bergerak dan juga dalam keadaan berlegar-legar atau lebih dikenali dalam keadaan SIDEWAY.
Modus operandi mereka adalah membeli secara bersistematik dengan berkeadaan berkadaran seakan-akan kaunter yang dibeli sangat berpotensi bagus dan mula lah pelabur-pelabur lain mengikut dengan andaian kaunter ini mula membuat keuntungan atau berkeadaan sangat baik untuk dilaburkan pada hari itu...
Ketika kaunter itu menjadi hangat seperti goreng pisang.... tiba-tiba MAFIA ini terus menjual semua unit saham mereka secara menyeluruh selepas sasaran tercapai.
Lalu apakah yang berlaku pada pelabur yang tidak mengetahui tindakan ini.....Mereka akan terkandas diatas sehingga ada yang kena bertahan berminggu atau berbulan lamanya di harga tersebut..
Lihat....betapa GANAS dan MENYUSAHKAN mereka ini terhadap pelabur yang lain....Jika pelabur yang bergelar GAMBLER...mereka ini hanya menyusahkan dan merugikan diri sendiri tetapi MAFIA adalah menyusahkan orang lain......
Oleh itu para pelabur....berhati-hati apabila kita buat pelaburan sesuatu syarikat...Pastikan syarikat yang dipilih adalah terbaik dan kukuh lagi lah selamat untuk kita elakkan mereka-mereka yang bergelar SPECULATOR atau mereka yang bersifatbsepert........
MAFIA
Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"