Thursday, December 5, 2013

KISAH PLAYER SAHAM ITU SUAMIKU (PART 1)


KISAH PLAYER SAHAM ITU SUAMIKU (PART 1)

Sejujurnya, suamiku Kharul Nezam benar-benar mula melakukan pelaburan saham sebenar setelah berguru dengan Tuan Haji Asri, mentor pelaburan saham yang sangat dikagumi.

Masih baru setahun jagung, namun... Alhamdulillah.... setiap minggu beliau berjaya membuat wang dengan hanya menekan papan kekunci. Sebenarnya, pelaburan saham ini memang menjadi kebiasaannya sejak kecil. Seawal kanak-kanak, beliau telah mengikuti ayahnya memilih saham di kaunter.

Tahun 1990an dahulu, belum ada saham online di Malaysia. Kita perlu duduk atau berdiri di hadapan ruang melihat pergerakan unit saham kaunter-kaunter pada platform yang besar terpampang di hadapan. Yang pastinya Cina berseluar pendek, berpoket tebal yang memenuhi ruang tersebut.

Arwah abah melabur secara "main tembak" sahaja saham mana yang hendak dibeli tanpa ilmu yang sistematik. Ikut sedap nama menyebut. Kadang-kadang, beliaau yang menyuruh suamiku sendiri untuk memilih. Selepas itu hairanlah beliau..kenapa rugi memanjang. Ini berdasarkan cerita suamiku.

Syukur Alhamdulillah, pendedahan awal ini sebenarnya membuka minda suamiku yang masih muda ketika itu (waku dia masih tembam) tentang wujudnya cara membuat duit begini...iaitu dinamakan PELABURAN SAHAM.

Part 2, saya akan menceritakan bagaimana suamiku berjaya menjual sahamnya pada usia 20an.

Rosmawar
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama. kaya di Dunia kaya di Akhirat"