BUY BUY or BYE BYE
I know that i can't take no more
It ain't no lie
I wanna see u out that door
Baby, BYE BYE BYE
BYE BYE
lalala....nyanyian N sync pula di petang hari....
zaman 2000 ketika zaman muda remaja, lagi belia agak famous juga N sync ini.... Kini 13 tahun berlalu masih juga sebutan seakan sama kedengaran kembali....
BUY BUY BUY
Para pejuang saham pasti ada sahaja mendengar sebutan ini.....cuba dengar sekali lagi dan berkali-kali apa yang dilaungkan. Adakah bunyinya....
BUY BUY BUY
atau
BYE BYE BYE
Sama kan bunyinya, tetapi sangat berbeza maksudnya....BUY adalah BELI di mana bermaksud seperti syarikat ini adalah sangat bagus dan begitu berpotensi untuk di BELI....maka bergemalah laungan ini berkali-kali...BUY BUY BUY....BELI BELI BELI... tanpa FIKIR panjang, tanpa ILMU...terus pantas sahaja jari menekan button BUY....Fast Action Fast Result katakan....
Namun...
Tiba-tiba dalam masa yang tidak berapa lama, harga unit saham syarikat tersebut menjunam turun akibat JUALAN atau "SELL" yang dilakukan oleh mereka yang telah BUY pada harga lebih murah dan sedang membuat PROFIT ketika waktu tersebut.
Maka BYE BYE BYE atau SELAMAT TINGGAL lah bagi mereka yang telah BUY ketika itu, mendaftarkan diri sebagai ahli Puncak Menara Everest semampu mungkin untuk bertahan....
Oleh itu...HATI-HATI lah apabila ada kedengan bunyi di atas...adakah sebutannya.....
BUY BUY BUY or BYE BYE BYE
Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"