Wednesday, December 4, 2013
BACA & BACA
BACA
Sebut banyak kali bunyi nya dah seperti filem Hindustan pula. Tetapi bukan yer para pejuang sekalian, ianya tetap adalah BACA iaitu dengan MEMBACA. Sebagai pejuang saham, kita perlu mendidik diri ini dengan sifat MEMBACA. Begitu banyak info-info luar atau sekeliling dapat kita kumpulkan melalui dengan MEMBACA. Info-info seperti pergerakan dana aliran tunai dalam dan luar negara, kemasukan syarikat ke Bursa Saham atau pengeluaran syarikat dari Bursa Saham, sentimen-sentimen dalam pasaran, pengeluaran projek-projek untuk syarikat atau sektor-sektor tertentu dan 1001 lagi info yang diperlukan oleh kita sebagai pejuang saham.
Tanpa amalan MEMBACA ini, kita akan terlepas dari mendapat peluang-peluang sama ada membeli unit saham kaunter yang dapat memberi keuntungan atau mengelakkan kerugian yang besar dalam pelaburan saham juga. Contohnya pengeluaran MITI dan IPO syarikat-syarikat yang bagus merupakan peluang yang terbaik untuk direbut. Begitu juga jika kita memegang unit saham syarikat yang tiba-tiba bakal dikeluarkan, kita harus lebih awal bertindak mengeluarkan semua dana yang dilaburkan. Rasanya tiada siapa yang sanggup "BERSEDEKAH" begitu sahaja wangnya. Dan begitu banyak lagi kelebihan yang bakal kita dapat dengan sikap MEMBACA ini.
Selepas ini kami akan kongsikan di manakah yang perlu kita MEMBACA berkenaan dunia saham.
Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"