Friday, December 20, 2013

APAKAH ITU SAHAM?? (PART 2)


APAKAH ITU SAHAM?? (PART 2)

Bercerita lagi berkenaan apakah itu SAHAM.....

Baru-baru ini bertemu dengan sahabat lama, pelbagai lah cerita dikongsi...yelah dah hampir 15 tahun tidak bertemu. Soalan yang seperti biasa ditanya....

> Buat apa sekarang ini???
>> Sekarang aku bergiat aktif dalam SAHAM...
> SAHAM?? Beraninya kau...berhati-hati lah....silap-silap ada pengbubaran WANG HARAM....HARAM TU!!!

Ternganga sekejap melihat kata-kata serius sahabat ini...Namun saya tidak persalahkannya dengan informasi yang salah ini kerana berapa ramai diluar sana yang benar-benar tahu apakah itu SAHAM?? Hanya segelintir yang mengetahui dan segelintir dari segelintir ini yang menceritakan perkara yang benar dan berkongsi berkenaan pelaburan SAHAM. Belum pula yang berkongsi ini adalah mereka yang gagal dalam pelaburan SAHAM dan sedikit pula yang membuat keuntungan berkongsikan ILMU membuat keuntungan dari pelaburan ini.

Untuk menjawab soalan sahabat lama ini...saya mencuba memberi jawapan yang ringkas agar pemahaman yang benar dapat disampaikan.....

>> Kau ada akaun TABUNG HAJI?? *saya pasti semua orang Islam ada kan......*
> Ada....kenapa??
>> TABUNG HAJI pun buat pelaburan SAHAM dalam syarikat-syarikat di BURSA SAHAM.....
> Yeke?? *dia pula mengganti saya ternganga dan riak wajah bertukar untuk mengetahui lebih lanjut.....*

Begitulah....pelbagai lagi tanggapan di luar.....ramai lagi yang tidak tahu dengan pelaburan di dunia SAHAM dengan ILMU boleh membawa keuntungan 10% atau lebih dalam beberapa hari sahaja atau sekurangnya adalah sebulan...dari yang biasa-biasa iaitu 8% setahun...

InsyaAllah...kami akan berkongsi lagi nanti berkenaan.....

APAKAH ITU SAHAM??

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"