Sunday, December 29, 2013

TESTIMONI 01



Di atas merupakan antara Testimoni dari peserta yang hadir pada kelas SAHAM WARRIOR.
Terima kasih diatas sokongan anda, semoga anda berjaya dalam saham di dunia dan akhirat.

Amin....

Admin
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Tuesday, December 24, 2013

WHAT? WHY? WHEN?


WHAT? WHY? WHEN?

3 soalan yang selalu kita dengar bukan? Mungkin juga kita menggunakan soalan-soalan ini dalam kehidupan seharian. Bagi kita dalam melakukan sesuatu, 3 soalan ini pasti lah menjadi rutin dalam melaksanakan sesuatu. Contoh yang sangat mudah adalah situasi memilih Baju dan memilih Makanan.

Situasi memilih Baju ke Surau

WHAT - Apakah Baju yang hendak dipakai?
              Baju Melayu
WHY   - Kenapa hendak pakai Baju Melayu?
              Sebab hendak pergi ke Surau
WHEN - Bilakah yang sesuai hendak di pakai?
              Sebelum masuk waktu Solat Fardhu

Situasi memilih Makanan untuk Sarapan

WHAT - Apakah Makanan yang hendak dimakan?
              Sandwich
WHY   - Kenapa Sandwich?
              Untuk alas perut dan tidak mengantuk kalau dibandingkan dengan makanan berat
WHEN - Bila yang sesuai hendak makan?
              Seawal pagi sebelum mula bekerja

Begitulah antara contoh mudah untuk kita melakukan sebarang aktiviti dengan 3 soalan utama. Belum lagi dengan tambahan soalan-soalan tambahan lain yang lebih terperinci.

Oleh itu, dalam Dunia Saham juga, kita harus mempersoalkan beberapa kali sebelum membuat pelaburan dengan membeli unit saham sesuatu Syarikat itu.

WHAT?
Apakah Syarikat yang kita pilih untuk buat pelaburan?
Apakah produk atau khidmat yang disediakan?

WHY?
Mengapakah kita memilihnya?
Berdasarkan Sentimen ketika ini?
Dividen dan Bonus yang tinggi?
Pengurusan Syarikat yang bagus?

WHEN?
Bilakah masa yang sesuai untuk MEMBELI unit sahamnya?
Bilakah masa yang sesuai untuk MENJUAL unit sahamnya?

Banyak lagi persoalan yang boleh diajukan sebelum membuat pelaburan dalam Dunia Saham.
Seperti contoh diatas, kita takkan sewenang-wenangnya makan sebarangan sebelum masuk ke tekak..takkan semudah mengambil batu untuk dikunyah menjadi santapan. Begitu juga dalam dunia Saham. Pilihan yang terbaik harus tepat dan bukan secara seberono melulu. Sekurang-kurangnya kita gunakan 3 soalan mudah sebelum memilih sesuatu Syarikat iaitu....

WHAT? WHY? WHEN?

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Saturday, December 21, 2013

SEMINAR 4 JANUARI 2014



Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah. Sekali lagi di bawah kelolaan A ONE GROUP SOLUTIONS, SAHAM WARRIOR turun ke gelanggang berkongsi ILMU SAHAM buat mereka yang ingin mengetahui atau mengenali bagaimana menjana wang melalui BURSA SAHAM KLCI.

Seminar ini bakal berlangsung selama 3 jam untuk sesi pengenalan kepada berkenaan SAHAM di BURSA SAHAM.

Tajuk: MENJANA WANG MELALUI BURSA SAHAM
Tarikh: 4 JANUARI 2014 (SABTU)
Waktu: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR, SHAH ALAM

Untuk pendaftaran:

1 ORANG = RM100
2 ORANG = RM120
3 ORANG = RM150

Berminat untuk sertai sila taipkan SMS/WASSAP >

"SAYA JUTAWAN SAHAM" di nombor talian berikut >>

+6019.6669172 / +6016.3053716 / +6013.2524456

Semoga perkongsian ILMU ini memberi kebaikan kepada semua. Insya Allah.

Terima Kasih


Admin
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Friday, December 20, 2013

APAKAH ITU SAHAM?? (PART 2)


APAKAH ITU SAHAM?? (PART 2)

Bercerita lagi berkenaan apakah itu SAHAM.....

Baru-baru ini bertemu dengan sahabat lama, pelbagai lah cerita dikongsi...yelah dah hampir 15 tahun tidak bertemu. Soalan yang seperti biasa ditanya....

> Buat apa sekarang ini???
>> Sekarang aku bergiat aktif dalam SAHAM...
> SAHAM?? Beraninya kau...berhati-hati lah....silap-silap ada pengbubaran WANG HARAM....HARAM TU!!!

Ternganga sekejap melihat kata-kata serius sahabat ini...Namun saya tidak persalahkannya dengan informasi yang salah ini kerana berapa ramai diluar sana yang benar-benar tahu apakah itu SAHAM?? Hanya segelintir yang mengetahui dan segelintir dari segelintir ini yang menceritakan perkara yang benar dan berkongsi berkenaan pelaburan SAHAM. Belum pula yang berkongsi ini adalah mereka yang gagal dalam pelaburan SAHAM dan sedikit pula yang membuat keuntungan berkongsikan ILMU membuat keuntungan dari pelaburan ini.

Untuk menjawab soalan sahabat lama ini...saya mencuba memberi jawapan yang ringkas agar pemahaman yang benar dapat disampaikan.....

>> Kau ada akaun TABUNG HAJI?? *saya pasti semua orang Islam ada kan......*
> Ada....kenapa??
>> TABUNG HAJI pun buat pelaburan SAHAM dalam syarikat-syarikat di BURSA SAHAM.....
> Yeke?? *dia pula mengganti saya ternganga dan riak wajah bertukar untuk mengetahui lebih lanjut.....*

Begitulah....pelbagai lagi tanggapan di luar.....ramai lagi yang tidak tahu dengan pelaburan di dunia SAHAM dengan ILMU boleh membawa keuntungan 10% atau lebih dalam beberapa hari sahaja atau sekurangnya adalah sebulan...dari yang biasa-biasa iaitu 8% setahun...

InsyaAllah...kami akan berkongsi lagi nanti berkenaan.....

APAKAH ITU SAHAM??

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

TAPE READING!!!


TAPE READING!!!

Apakah itu yang dikatakan dengan TAPE READING?

TAPE READING ini berkait rapat dengan pergerakan MAFIA yang disebutkan sebelum ini. Seperti zaman perang pertama dan kedua pasti kita pernah mendengar atau membaca berkenaan CODE MORSE. Code ini menjadi bacaan rahsia dalam penyampaian stratergi peperangan daripada pihak pemerintahan.

Begitu juga didalam dunia saham, para pejuang boleh melihat TAPE READING ini melalui pergerakan transaksi jualan dan belian VOLUME. Akan kelihatan angka-angka ganjil. Bagi mereka yang pakar dalam TAPE READING, setiap bacaan memberikan makna yang tertentu.

Sebaiknya, kita elakkan seboleh mungkin daripada terlibat dalam syarikat yang dimasuki MAFIA ini sebelum kita mendaftar di Alam Kayangan Dunia Puncak Height.

Carilah syarikat yang baik dalam pengurusannya dan sangat berpotensi. Melaburlah dengan ILMU dan berhati-hati dengan gerakan MAFIA dan perhatikan mereka melalui.....

TAPE READING!!!

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Ummah, kaya di Dunia kaya di Akhirat" 

Thursday, December 12, 2013

KALAU & TEPUK DAHI



KALAU & TEPUK DAHI

Jika sebelum ini mungkin jarang-jarang nak sebut perkataan KALAU dan amalan TEPUK DAHI ini...tetapi.......
Selepas menceburi dunia saham, pasti ada para pejuang saham kerap menyebut KALAU dan melakukan TEPUK DAHI tanpa disedari......

Alkisah......

Dato Muda "yang ketika ini sibuk dengan enjin kapal di Dubai">
Alahai.....KALAU lah ada kat Malaysia sekarang...mesti ako dah terjah kelas-kelas saham lagi hari-hari....... *sambil TEPUK DAHI

Dato Seri Rizal "yang baru habis kan berbelanja membeli Ferrari 458 bulan lepas">
Aduhaiii......KALAU lah tahu pasal saham ini awal lagi....duit tu x jadi beli Ferrari.....buat pelaburan....tahun depan dah boleh beli kilang Ferrari..... *sambil TEPUK DAHI

Datin Seri Huda "yang baru pulang bertugas luar kawasan selama seminggu di London" >
Hahhhhh!!! Takaful baru je bagi 30% KALAU ako tahu......ako dah beli 2 minggu lepas lagi......*sambil TEPUK DAHI

Tun Shah "yang baru balik keluar sarapan pukul 10 pagi">
Apeeee??? Hari ni Destini naik 25% lagi...KALAU ako tak jual semalam hari dah boleh dapat 35%.....*sambil TEPUK DAHI

Yessss....ada lagi 50 alkisah kalau nak disenaraikan......

Lihat...Banyakkan situasi KALAU dan TEPUK DAHI untuk pejuang saham.....

Untuk elakkan perkara ini berlaku...kita serapkanlah sifat mulia BERSYUKUR......alahai....sebelum nih kalau tidak tahu tentang saham ini, 8% 10% setahun dah melompat-lompat gembira..kan kann........

Oleh itu..kita BERSYUKUR dengan REZEKI yang lebih ini dari kita rasa tidak cukup dengan berkata.....

KALAU & TEPUK DAHI

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Wednesday, December 11, 2013

MAFIA!!!


MAFIA

Whatttt???......MAFIA!!!!!!

Yessss para pejuang.....dalam pasaran saham memang ada MAFIA......atau lebih dikenali sebagai SPECULATOR dikalangan pelabur saham....kenapa dipanggil MAFIA??? Tersentap pula insan-insan SPECULATOR..maaflah sesiapa yang tersentap..tetapi tahukah apa yang selalu dilakukan oleh mereka ini.....????

Mereka ini membeli sesuatu kaunter secara BERKUMPULAN dan membuat rancangan membeli untuk kepentingan mereka....

Syarikat yang menjadi medan permainan mereka juga selalunya syarikat-syarikat yang sudah lama tidak bergerak dan juga dalam keadaan berlegar-legar atau lebih dikenali dalam keadaan SIDEWAY.

Modus operandi mereka adalah membeli secara bersistematik dengan berkeadaan berkadaran seakan-akan kaunter yang dibeli sangat berpotensi bagus dan mula lah pelabur-pelabur lain mengikut dengan andaian kaunter ini mula membuat keuntungan atau berkeadaan sangat baik untuk dilaburkan pada hari itu...

Ketika kaunter itu menjadi hangat seperti goreng pisang.... tiba-tiba MAFIA ini terus menjual semua unit saham mereka secara menyeluruh selepas sasaran tercapai.

Lalu apakah yang berlaku pada pelabur yang tidak mengetahui tindakan ini.....Mereka akan terkandas diatas sehingga ada yang kena bertahan berminggu atau berbulan lamanya di harga tersebut..

Lihat....betapa GANAS dan MENYUSAHKAN mereka ini terhadap pelabur yang lain....Jika pelabur yang bergelar GAMBLER...mereka ini hanya menyusahkan dan merugikan diri sendiri tetapi MAFIA adalah menyusahkan orang lain......

Oleh itu para pelabur....berhati-hati apabila kita buat pelaburan sesuatu syarikat...Pastikan syarikat yang dipilih adalah terbaik dan kukuh lagi lah selamat untuk kita elakkan mereka-mereka yang bergelar SPECULATOR atau mereka yang bersifatbsepert........

MAFIA 


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"


Tuesday, December 10, 2013

ILMU


ILMU

Kata-kata ILMUAN......"Belajar Membaca.....kemudian Membacalah untuk Belajar"

Ramai antara kita mempunyai Keinginan, Cita-cita dan Impian. Namun hanya segelintir sahaja yang
bertindak untuk menuju kearahnya. Begitu juga dalam pelaburan saham. Untuk lebih berjaya mendapat kebaikan melaluinya, tidak cukup hanya mempunyai CDS akaun dan menekan Button Buy sahaja. Seseorang pejuang saham perlulah mempunyai ciri-ciri seperti DISIPLIN yang tinggi, KESABARAN di tahap maksima dan lebih penting dari segalanya adalah ILMU yang dalam berkenaan pelaburan.

Semoga kita semua menjadi seorang pejuang saham yang BERILMU dan BERPENGETAHUAN luas.

Percayalah, dengan ILMU yang tinggi...pelaburan kita akan lebih mantap dan lebih baik dari sebelumnya......

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Monday, December 9, 2013

COUNT DOWN


COUNT DOWN

Alhamdulliah...segala puji hanya milik Allah SWT

Selepas SEMINAR "APA ITU SAHAM??", kini SAHAM WARRIOR meneruskan lagi sesi perkongsian dengan seminar susulan 2 hari iaitu SEMINAR "TECHNICAL ANALYSIS" yang diadakan pada esok dan lusa di SHAH ALAM...

Para pejuang saham yang telah mendaftar diucapkan jutaan tahniah kerana anda bakal mendapat ILMU-ILMU TECHNICAL ANALYSIS dari COACH-COACH SAHAM WARRIOR kami NUR RAZALEIGH dan KHARUL NEZAM.

Dibawah ini apa yang bakal dikongsikan SEMINAR "TECHNICAL ANALYSIS"

0. Apa itu saham
1. Asas-asas dalam bacaan carta saham
2. Memahami trend saham
3. Menjangka harga saham anda
4. Analisis volume
5. Moving average
6. MacD indicator
7. Stockhastic
8. Kaedah BRUM
9. Chart formation
10. Candlesticks
11. Capital control
12. Apps dan website
13. Trading platform

Buat pejuang saham yang berminat untuk menghadirkan diri pada SEMINAR akan datang atau ingin mengetahui maklumat lanjut bolehlah email kami di sahamwarrior@gmail.com.


Admin
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Sunday, December 8, 2013

TAK KENAL TAK CINTA (PART 2)



TAK KENAL TAK CINTA (PART 2)

Masakan kami tidak jatuh CINTA dengan SAHAM. SAHAM adalah tempat penabungan terbaik.

Yang belum tahu...kami kongsikan kenapa kami memilih SAHAM??

Ini penabungan wang simpanan terbaik antara semua...dengan ILMU yang betul, contohnya Rm1000 di simpan selama stahun boleh memberi pulangan Rm2000 iaitu mencecah 100% keuntungan atau mungkin lebih....ini salah satu sahaja kelebihan melalui SAHAM. Belum MITI dan IPO dari SAHAM lagi.....

TAK PERCAYA???

Ramai kata RUGI...cuba tanya semula yang berkata RUGI itu, anda buat pelaburan SAHAM macam mana sampai RUGI....dengan ILMU atau dengan EMOSI atau ajakan orang??

TAK PERCAYA LAGI???

Kami pernah membuat pulangan 10% dalam sehari...50% dalam masa 2 minggu, dan ada membuat 100% sebulan....

TAK PERCAYA-PERCAYA JUGA???

Hadir KELAS INTRO SAHAM kami tidak lama lagi.....

APA??? KELAS MAHAL???

Hehehee...harganya tak sampai pun dengan jumlah harga isi penuh minyak kereta anda....

TETAPI

ILMU ini bakal memenuhkan minyak kereta anda sentiasa............

PERCAYALAH......

ANDA BAKAL JATUH CINTA SEPERTI KAMI


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

TAK KENAL TAK CINTA (PART 1)


TAK KENAL TAK CINTA (PART 1)

Ramai orang yang masih belum kenal dengan saham.

Ada juga yang fobia saham apabila dimomokkan dengan pengalaman rakan-rakan yang pernah tewas di perjuangan saham.

Sesungguh saya akui kebenarannya kerana statistik menunjukkan 80% dari pelabur saham RUGI dalam pelaburan mereka. Ya, mata anda belum silap....RUGI...

Ya, RUGI jika melabur secara melulu tanpa ILMU.

Sebenarnya, inilah lubuk emas yang menjadikan orang berminda kaya menjadi kaya raya.

Kharul Nezam
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Saturday, December 7, 2013

SIAPAKAH ANDA??


SIAPAKAH ANDA??

Agak tidak meriah rasanya kalau di dalam Malaysia ini hanya ada orang Melayu sahaja atau hanya orang Cina atau India ataupun satu-satu kaum sahaja di Malaysia ini. Kemana-mana sahaja para pejuang bergerak di muka bumi negara kita ini hanya rupa yg hampir sama.... Tak meriah bukan....

Ataupun setiap orang yang dilahirkan pasti tidak sama antara satu sama lain....Persekitaran, didikan, pengalaman berbeza mencorakkan identiti seseorang. Ada orang yang bersifat pemalu, pemarah, pemurah dan pelbagai lagi sifat-sifat lain. Jika berkata tentang makanan, pelbagai makanan ada dalam pasaran, namun peminatnya adalah berbeza mengikut kesukaan masing-masing.

Begitu juga di dalam dunia saham ini, pelbagai sifat pelabur boleh kita lihat dan dapati. Sebelum ianya diperincikan lebih dalam dan digali semahunya sehingga tahap sikap dan sifat pelabur yang mencorak pergerakan saham, lebih mudah kita perincikan pada yang 3 golongan utama orang awam yang menjadi pelabur ini.

Mereka terdiri daripada >>

INVESTOR
TRADER
GAMBLER

INVESTOR

INVESTOR adalah mereka yang mememgang unit saham dalam jangka masa panjang, iaitu jangka masa 3 BULAN sehingga ada menjangkau tempoh yang panjang sehingga bertahun-tahun. Keuntungan mereka ini boleh mencecah 30% sehingga 100% ke atas. Walaupun tidak menjual dan mendapatkan keuntungan  melaluinya, para INVESTOR selalunya meraih juga keuntungan melalui DIVIDEN yang ada kala memberi dalam bentuk keuntungan % atau dalam jumlah keuntungan melalui RINGGIT atau SEN untuk setiap unit saham yang dipegang. Sebagai pelabur, menjadi INVESTOR adalah yang terbaik sekali antara semua. Namun pemilihan syarikat yang dilaburkan haruslah sebuah syarikat yang kukuh dan sangat stabil.

TRADER

Golongan TRADER pula merupakan mereka yang memegang unit saham dalam jangka pendek iaitu dalam 1 hari sahaja atau beberapa hari dan yang paling lama adalah dalam lingkungan SEBULAN. TRADER adalah yang merancakkan jualan dan belian setiap hari sehingga ada kalanya membeli beberapa kaunter seterusnya menjual semula dan mencari kaunter-kaunter yang lain selepas itu dalam jangka masa terdekat. Keuntungan dicari adalah serendah 1% atau boleh mencecah 25%. Namun kerugian juga begitu tinggi jika tanpa ILMU. Oleh itu, golongan TRADER merupakan mereka yang cekap dalam BACAAN FA & TA dan sangat aktif dalam dunia saham secara konsisten serta sangat peka dalam SENTIMEN atau apa sahaja yang berlaku dalam dan luar negara.

GAMBLER

Buat pejuang saham sekalian....mari kita elakkan sejauh-jauhnya dari menjadi GAMBLER. Golongan yang masuk dalam pelaburan tanpa ILMU dan mengharapkan NAIK atau TURUN berdasarkan emosi diri. RUGI dan UNTUNG menjadi 50/50. Dalam keadaan ini, hukum bagi pelaburan ini adalah HARAM kerana GAMBLER ialah seorang yang BERJUDI. Golongan ini selalunya akan lebih banyak RUGI namun tetap mengulangi perkara yang sama berkali-kali...

Inilah 3 golongan utama sebagai pejuang saham dalam dunia saham ini. Oleh itu, lihat dalam diri masing-masing secara dalam-dalam.....

SIAPAKAH ANDA??

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Thursday, December 5, 2013

COMIC 0001


Admin
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

KISAH PLAYER SAHAM ITU SUAMIKU (PART 1)


KISAH PLAYER SAHAM ITU SUAMIKU (PART 1)

Sejujurnya, suamiku Kharul Nezam benar-benar mula melakukan pelaburan saham sebenar setelah berguru dengan Tuan Haji Asri, mentor pelaburan saham yang sangat dikagumi.

Masih baru setahun jagung, namun... Alhamdulillah.... setiap minggu beliau berjaya membuat wang dengan hanya menekan papan kekunci. Sebenarnya, pelaburan saham ini memang menjadi kebiasaannya sejak kecil. Seawal kanak-kanak, beliau telah mengikuti ayahnya memilih saham di kaunter.

Tahun 1990an dahulu, belum ada saham online di Malaysia. Kita perlu duduk atau berdiri di hadapan ruang melihat pergerakan unit saham kaunter-kaunter pada platform yang besar terpampang di hadapan. Yang pastinya Cina berseluar pendek, berpoket tebal yang memenuhi ruang tersebut.

Arwah abah melabur secara "main tembak" sahaja saham mana yang hendak dibeli tanpa ilmu yang sistematik. Ikut sedap nama menyebut. Kadang-kadang, beliaau yang menyuruh suamiku sendiri untuk memilih. Selepas itu hairanlah beliau..kenapa rugi memanjang. Ini berdasarkan cerita suamiku.

Syukur Alhamdulillah, pendedahan awal ini sebenarnya membuka minda suamiku yang masih muda ketika itu (waku dia masih tembam) tentang wujudnya cara membuat duit begini...iaitu dinamakan PELABURAN SAHAM.

Part 2, saya akan menceritakan bagaimana suamiku berjaya menjual sahamnya pada usia 20an.

Rosmawar
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama. kaya di Dunia kaya di Akhirat"

BUY BUY or BYE BYE



BUY BUY or BYE BYE

I know that i can't take no more
It ain't no lie
I wanna see u out that door
Baby, BYE BYE BYE
BYE BYE

lalala....nyanyian N sync pula di petang hari....
zaman 2000 ketika zaman muda remaja, lagi belia agak famous juga N sync ini.... Kini 13 tahun berlalu masih juga sebutan seakan sama kedengaran kembali....

BUY BUY BUY

Para pejuang saham pasti ada sahaja mendengar sebutan ini.....cuba dengar sekali lagi dan berkali-kali apa yang dilaungkan. Adakah bunyinya....

BUY BUY BUY

atau

BYE BYE BYE

Sama kan bunyinya, tetapi sangat berbeza maksudnya....BUY adalah BELI di mana bermaksud seperti syarikat ini adalah sangat bagus dan begitu berpotensi untuk di BELI....maka bergemalah laungan ini berkali-kali...BUY BUY BUY....BELI BELI BELI... tanpa  FIKIR panjang, tanpa ILMU...terus pantas sahaja jari menekan button BUY....Fast Action Fast Result katakan....

Namun...

Tiba-tiba dalam masa yang tidak berapa lama, harga unit saham syarikat tersebut menjunam turun akibat JUALAN atau "SELL" yang dilakukan oleh mereka yang telah BUY pada harga lebih murah dan sedang membuat PROFIT ketika waktu tersebut.

Maka BYE BYE BYE atau SELAMAT TINGGAL lah bagi mereka yang telah BUY ketika itu, mendaftarkan diri sebagai ahli Puncak Menara Everest semampu mungkin untuk bertahan....

Oleh itu...HATI-HATI lah apabila ada kedengan bunyi di atas...adakah sebutannya.....

BUY BUY BUY or BYE BYE BYE


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Wednesday, December 4, 2013

BACA & BACA


BACA

Sebut banyak kali bunyi nya dah seperti filem Hindustan pula. Tetapi bukan yer para pejuang sekalian, ianya tetap adalah BACA iaitu dengan MEMBACA. Sebagai pejuang saham, kita perlu mendidik diri ini dengan sifat MEMBACA. Begitu banyak info-info luar atau sekeliling dapat kita kumpulkan melalui dengan MEMBACA. Info-info seperti pergerakan dana aliran tunai dalam dan luar negara, kemasukan syarikat ke Bursa Saham atau pengeluaran syarikat dari Bursa Saham, sentimen-sentimen dalam pasaran, pengeluaran projek-projek untuk syarikat atau sektor-sektor tertentu dan 1001 lagi info yang diperlukan oleh kita sebagai pejuang saham.

Tanpa amalan MEMBACA ini, kita akan terlepas dari mendapat peluang-peluang sama ada membeli unit saham kaunter yang dapat memberi keuntungan atau mengelakkan kerugian yang besar dalam pelaburan saham juga. Contohnya pengeluaran MITI dan IPO syarikat-syarikat yang bagus merupakan peluang yang terbaik untuk direbut. Begitu juga jika kita memegang unit saham syarikat yang tiba-tiba bakal dikeluarkan, kita harus lebih awal bertindak mengeluarkan semua dana yang dilaburkan. Rasanya tiada siapa yang sanggup "BERSEDEKAH" begitu sahaja wangnya. Dan begitu banyak lagi kelebihan yang bakal kita dapat dengan sikap MEMBACA ini.

Selepas ini kami akan kongsikan di manakah yang perlu kita MEMBACA berkenaan dunia saham.

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"


Monday, December 2, 2013

C003 - KELAS "TECHNICAL ANALYSIS"


Alhamdulillah, Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

KELAS "TECHNICAL ANALYSIS"

Kembali untuk kali ke-3, dibawah naungan A ONE GROUP SOLUTIONS, SAHAM WARRIOR sekali lagi menampilkan Nur Razaleigh dan Kharul Nezam untuk membantu para pejuang dalam Dunia Saham melalui bacaan graf atau lebih dikenali sebagai "TECNICAL ANALYSIS".

Berlangsung di Shah Alam pada 10&11 Disember 2013. Hubungi pihak urusetia di talian 016.3053716 / 012.6460820 atau email kepada sahamwarrior@gmail.com untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Terima Kasih

Admin
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"