Thursday, November 28, 2013

PENUNJUK ARAH


PENUNJUK ARAH

Angin bertiup tenang selama 4 hari, biarkan sunyi memberi kesempatan pejuang saham menutup mata seketika dari melihat trading platform, merehatkan minda, mencergaskan daya TUMPUAN bagi mengawal semula EMOSI dalam perjalanan panjang di Dunia Saham.

Kini, topik dibuka semula adalah berkenaan PENUNJUK ARAH....sejauh mana pun DESTINASI yg dituju walau sejauh 200KM ataupun sedekat 1KM, kita tetap memerlukan PENUNJUK ARAH untuk memudahkan perjalanan supaya menjadi lebih cepat dan lancar.

Dalam Dunia Saham, PENUNJUK ARAH merupakan GURU-GURU, SIFU-SIFU, PENGANALISA-PENGANALISA dan pelbagai SUMBER PENUNJUK ARAH daripada KUMPULAN-KUMPULAN atau ORANG PERSEORANGAN.

Pelbagai SUMBER akan disyorkan. Ada yang bakal menceritakan pada kita FUNDAMENTAL ANALYSIS, TECHNICAL ANALYSIS, NEWS, RUMOURS, dan pelbagai SUMBER PENUNJUK ARAH.

Namun, akhirnya kembali kepada diri kita semula yang memegang stereng memandu. Kita boleh mendengar pelbagai SUMBER tetapi KEPUTUSAN tetap ditangan kita sendiri. BUTTON BUY & SELL di jari kita juga. EMOSI untuk membuat KEPUTUSAN juga adalah dalam diri kita sendiri walau sebanyak mana SUMBER yang kita ada. Perhatikan selepas ini MUSUH utama para pejuang SAHAM adalah EMOSI yang berlawan dengan ILMU....

PENUNJUK ARAH yang bersesuaian dengan diri sendiri, InsyaAllah memberi DESTINASI tepat bersama ILMU dan EMOSI yang wajar.

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

Friday, November 22, 2013

SAHAM UTAMA


SAHAM UTAMA

Bismillahhirrahmanirrahim.....Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Kekasih Kita Rasul Utama Nabi Muhammad SAW.

Disempena hari Jumaat yang mulia lagi berkat ini, PENGHULU bagi segala hari. Apa kata kita bercerita sedikit berkenaan SAHAM UTAMA iaitu SAHAM AKHIRAT. Sedikit penceritaan ringkas kisah benar saya... Silalah para pejuang SAHAM duduk sambil berselawat dalam hati sambil mendengar perkongsian ikhlas ini. Yang terbaik dari Allah SWT, segala kekurangan adalah dari diri ini yang kerdil..

Bermula kisah benar ini.....

Alhamdulillah, saya temui DUNIA SAHAM, pada bulan Ramadhan Al-Mubarak yang lalu dan ketika itu betapa taksubnya saya mencari ILMU demi ILMU berkenaan DUNIA SAHAM. Sehingga pada suatu hari, selesai sudah saya berjemaah Subuh di surau berdekatan kawasan perumahan, lalu saya mngorak langkah untuk pulang ke rumah..baru sahaja 2 langkah menapak, saya ditegur dari belakang oleh Ustaz Ibrahim iaitu Pengerusi bagi Anak-Anak Muda Tahfiz di dalam bangunan yang sama dengan surau tersebut....

Salam diberi beliau disambut mesra oleh saya lalu saya hentikan langkahan kaki seterusnya seraya menghadap guru agama ini yang baru sahaja berumur 51 tahun, wajahnya manis dan kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya. Perbualan diteruskan dengan Ustaz Ibrahim bertanya berapa org anak yg saya ada dan adakah ibu bapa saya masih hidup? Setelah diberitahu kedua ibu bapa saya Alhamdulillah masih ada dan anak saya seramai 2 org. Ucapan Syukur diucapkannya. Persoalan seterusnya menyentap jiwa saya yang ketika iu bagai dikata lebih awal iaitu saya sedang mengejar DUNIA SAHAM. Soalan beliau tanpa mengetahui yang saya mengejar ILMU DUNIA SAHAM bunyi nya adalah begini.....

TAHUKAH TUAN DI AKHIRAT NANTI BERLAKU NYA JUAL BELI SAHAM???

Tersentak saya sekejap dikala itu....saya diamkan diri dan terus mendengar untuk mendapatkan penjelasan lebih mendalam. Ustaz Ibrahim dengan senyum manisnya, menceritakan pada saya yang seakan nampak seperi tahu tetapi tidak pasti dimana yang sememang saya tidak mengetahui secara jelas....

Kata beliau.....

Akhirat nanti akan berlakunya TRADING iaitu  JUAL dan BELI antara setiap orang...Apakah seperti UNIT SAHAM??...Ya.....tetapi yang bakal didagangkan adalah PAHALA dan DOSA....jika seseorang mempunyai PAHALA yang banyak pastilah boleh memberi kepada orang yang ada HAK padanya yang menuntut PAHALA daripadanya. Sudah tentu kita tidak MAKSUM dan UMMI seperti Nabi Muhammad SAW jungjungan mulia kita yang tercinta...pasti sahaja ada yang mengungkit dan meminta-minta PAHALA diatas kesilapan kita sendiri di DUNIA...sama ada menjatuhkan orang perseorangan, memusuhi dengan niat atau tidak, memburuk sangkakan seseorang, menipu, merompak, mengumpat, memutuskan silaturahim dan apa sahaja kepada kesilapan kepada seseorang yang lain. Cukupkah dengan PAHALA kita ketika itu menampung segala kesilapan pada seseorang di DUNIA?? DOSA tersebut tidak akan dimaafkan selagi orang yeng terlibat mengampuni kesalahan kita padanya. Di akhirat kelak orang-orang ini akan meminta PAHALA kita atau sebaliknya TRANSAKSI DOSA pula yang berlaku....

MasyaAllah...terkedu saya ketika itu......

Sambung lagi beliau....

Maka disana nanti di alam abadi yang panjang, berlakulah TRANSAKSI sebanyaknya disana...Di tanya saya pula...bagamanakah untuk mendapatkan PAHALA sebanyaknya Ustaz...lalu terus dijawab Ustaz Ibrahim....Allah telah sediakan PAHALA berganda-ganda di bulan RAMADHAN, dimana sebulan PAHALA nya lebih banyak dari segala bulan malah terdapat BONUS ATAU DIVIDEN pada Malam LAILATULQADAR...

Bagaimanakah dengan bulan-bulan yang lain Ustaz??

Alhamdulillah tuan sudah berkahwin maka solat JEMAAH akan berkali gandakan PAHALA tuan berbanding tidak berkahwin dan SOLAT BERSENDIRIAN...SOLAT BERJEMAAH adalah KAUNTER TERBAIK dan mempunyai anak-anak  juga merupakan kelebihan...Kerana anak-anak yang ramai InsyaAllah beramal SOLEH semua AMALnya menjadi milik IBU BAPA nya juga, ianya umpama KAUNTER dimana pelaburan PAHALA dipulangkan sebanyaknya nanti...dan juga, BACAAN AL-QURAN, AMAL BAIK terhadap IBU BAPA serta ZAKAT FITRAH dan segala perbuatan BAIK adalah untuk PELABURAN disana......Tersenyum manis lagi Ustaz Ibrahim.....

Seketika kemudian lagi....kami berakhir disitu dengan betapa bersyukur dihati ini mendapat ILMU AKHIRAT dari Ustaz Ibrahim...

Kini saya dengan rendah hatinya, mengumpul 10 jari memohon maaf atas kesilapan apa jua sahaja pada para pejuang SAHAM selama PERKONGSIAN kami jika ada yang tidak menyenangkan hati...

InsyaAllah pekongsian ILMU selama ini didalam ini atau diluar sana tidak lain dengan NAWAITU kami untuk menjadikan PERKONGSIAN ILMU demi menaikkan UMMAH SEJAGAT menuju memperbaiki EKONOMI UMAT ISLAM hanyalah untuk dilaburkan sebagai SAHAM AKHIRAT yang lebih besar kelak....

Semoga perkongsian kita disini berkenaan ILMU ini menjadi satu KAUNTER AKHIRAT yang diberkati serta di-redhai oleh Allah SWT.....

WallahuA'lam..

Salam JUMAAT dari saya buat para pejuang SAHAM...

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

TP001 : TRADING PLATFORM


TRADING PLATFORM

Perkongsian kali ini adalah berkaitan dengan SENJATA yang bakal para pejuang gunakan, setelah beberapa post sebelum ini mengutarakan berkaitan ILMU dan serba ringkas apakah itu berkaitan dengan SAHAM, post kali ini adalah lebih serius sedikit iaitu pengenalan diri bagi SENJATA yang pertama iaitu TRADING PLATFORM.

Setelah era DIGITAL menerjah masuk ke dunia pelaburan SAHAM, pelabur-pelabur kini sudah boleh melakukan BUY & SELL secara ONLINE, tidak lagi menggunakan SISTEM lama iaitu mebuat BUY & SELL melalui REMISIER. namun SISTEM yang lama itu masih lagi digunakan cuma perbezaan BROKERAGE FEES, ini akan dibincangkan kemudian-kemudiannya.

Para pejuang akan mendapat TRADING PLOTFORM selepas mempunyai AKAUN CDS iaitu TERAS AKAUN untuk melakukan transaksi BUY&SELL unit SAHAM dalam BURSA SAHAM.

TRADING PLATFORM adalah berlainan bagi setiap BROKER. Namun fungsinya adalah tetap sama iaitu membantu melakukan BUY&SELL secara online. Perbezaan hanyalah dari segi mesra pengguna dan mudah atau sebaliknya.

Kami dalam SAHAM WARRIOR rata-ratanya menggunakan TRADING PLATFORM dari JUPITER SECURITIES. Malah JUPITER SECURITIES juga disenaraikan antara SYARIKAT BROKER SAHAM yang HALAL di MALAYSIA. Oleh kerana kesesuaian kami menggunakannya secara MAXIMUM , perkongsian bagaimana menggunakan TRADING PLATFORM kami tunjukkan melalui JUPITER SECURITIES.

Baiklah para pejuang, Muka Hadapan berkaitan SENJATA pertama iaitu TRADING PLATFORM telah di kupas. InsyaAllah, kami akan meneruskannya pada post-post akan datang.

Kenali dulu SENJATA anda sebelum MENEMBAK dengan melulu tanpa ILMU penggunaannya.


Hang Lei
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat" 

Thursday, November 21, 2013

MONKEY


MONKEY

Sebelum menjelaskan mengapa MONKEY/MONYET  menjadi kisah kata-kata pujangga coretan bermaya yang bakal dikaitkan dengan SAHAM, kami mengalukan para pejuang menarik nafas sedalamnya, andai kata tersentap dengan tulisan seterusnya percayalah biar kita tersentap bersama ketika ini agar menjadi dorongan dan panduan sebagai langkah  bergaya di Dunia SAHAM selepas ini.

MON & KEY

Kisah bermula sepurnama lalu jauh di sebuah hutan di negara PARSI.. Terdapat 2 ekor monyet yang bersahabat baik namun berlainan karektor atau sifatnya.. Lebih halus gelarannya adalah SI SANGAT PANDAI (SSP)  dan seekor lagi SI KURANG PANDAI (SKP). Seekor bernama KEY dan seekor lagi bernama MON (SKP). 

Satu hari di awal pagi, MON dan KEY mulalah bergayutan menyanyi riang lagu "Jika Aku Kaya" versi mereka berdua sambil mencari-cari makanan kegemaran, tidak lain dan tidak bukan adalah PISANG. Terjumpalah mereka sebatang pokok PISANG MONTEL yang setandan buahnya, tetapi masih muda belum ranum untuk dijadikan santapan. Dari bentuk PISANG MONTEL tersebut, dapatlah diandai bahawa bakal ranum dan masak pada petang hari. Maka menunggu lah mereka di bawah pohon tersebut menanti petang menjelma...

Tiba-tiba, sedang mereka menanti, sekawan monyet 10 ekor bergayutan pantas menuju ke satu arah yang sama. Terlopong monyetlah si MON dengan KEY melihat....ternampak mereka bernama NYET. Tanyalah si MON pada NYET apa yang telah berlaku...NYET pun cerita terdapat pokok PISANG tengah masak dan buahnya sangat lah banyak sekali..PISANG EMAS pula tu yang jarang-jarang ada di hutan mereka. Melompat-lompat lah gembira si MON dan tanpa membuang masa terus bergayutan laju mengejar monyet-monyet yang pantas bergayut itu. Tercengang lah si KEY melihat MON yang beraksi pantas sekelip mata itu.

2 jam kemudian, sampai lah MON ke tempat kejadian tetapi 1 biji PISANG EMAS pun tidaklah dia dapat kerana begitu ramainya monyet yg berebut dan si MON adalah antara yang terakhir sampai...Terlopong kali ke dua cuma kali ini dengan penat dan perut yang kosong. Perlahan lah bergayut semula ke pohon pisang di mana KEY masih disana. Sampai sahaja di sana, KEY kelihatan tidur kekenyangan menghabiskan PISANG MONTEL yang telah masak dan dia habiskan semuanya sekali. Kecewalah si MON sekali lagi dengan KURANG PANDAI nya itu. Namun...walau sudah terkena, tetap lah si MON melakukan perkara yang sama hampir setiap hari.

DUNIA SAHAM

Begitu juga dengan kita semua pejuang SAHAM sekalian, ada kala kita dah memilih sesuatu kaunter dengan sangat teliti dan membelinya dalam keadaan terendah, namun apabila dalam keadaan menanti kaunter itu memberi pulangan, kita melihat sesuatu kaunter yang tengah bergerak laju membuat keuntungan, dengan laju dan pantas kita menjual unit SAHAM di kaunter pertama dan membuat belian di kaunter yang sedang MELETOP tetapi akhirnya terlambat kerana sudah berada di harga tinggi dan JUALAN telah mula berlaku sehingga kita terkandas di dunia kayangan puncak alam...berdoa semoga SEJARAH berulang kembali. 

Dalam masa yang sama kaunter yang ditinggalkan mula beraksi naik membuat keuntungan seperti diawal kajian. Dengan hiba, kita hanya dapat melihat sahaja dan kesal kembali. Namun percayalah, setelah berlaku lagi, masih lagi ada yang mebuat tindakan yang sama malah diulang beberapa kali.

Berhati juga dengan unjuran serta ajakan orang lain dan apabila kita mengikutnya tanpa ILMU, adakah kita akan persalahkan mereka atau kita persalahkan diri sendiri.

Betapa EMOSI boleh menggagalkan kita. Sekali lagi ILMU pengawalan EMOSI perlu juga ada dalam dunia pancaroba SAHAM untuk mengelakkan kita menjadi MON - SI KURANG PANDAI dan bertukar menjadi KEY - SI SANGAT PANDAI.

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia, Kaya di Akhirat

Wednesday, November 20, 2013

ALHAMDULILLAH



Alhamdulillah...Syukur pada-Mu Ya Allah...Segala puji hanya untuk-Mu

Dipermudahkan dan melancarkan perjalanan  KELAS SULUNG SAHAM WARRIOR.

Tahniah pada pihak pengurusan KONTIJEN BARISAN PERTAMA yang bertungkus lumus memastikan KELAS SULUNG ini berakhir dengan cemerlang. Bagi mereka yang begitu bermurah hati yang menaja makanan serta minuman, semoga Allah SWT memberi berlipat kali ganda pahala dan kebaikan kepada tuan puan.

Kejayaan besar bagi kami dapat berkongsi sesuatu elmu Dunia Saham yang berakhir hampir pukul 12 malam. Ada para PEJUANG SAHAM yang meredah hujan dan ada juga yang datang dari jauh berbaris kesesakan jalan raya..ucapan terima kasih tidak terkira dari pihak SAHAM WARRIOR kerana sudi memenuhkan majlis Elmu ini. Segala kekurangan, ribuan maaf dipinta. Semoga segala elmu dan kebaikan diperolehi dimanfaatkan sebaiknya oleh kita bersama. Mengorak lah langkah dengan penuh elmu di dada....

Kerana kita adalah PEJUANG SAHAM di Dunia dan di Akhirat....

Aminnnn...

Nur Razaleigh
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"
http://sahamwarrior.blogspot.com/


Monday, November 18, 2013

BERKUMPULAN & BERSENDIRIAN



BERKUMPULAN & BERSENDIRIAN

Kembali dengan bacaan santai kita, perkataan yang sangat mudah difahami iaitu BERKUMPULAN atau BERSENDIRIAN dalam bertindak di dunia SAHAM.

Tindakan yang dilakukan oleh kita pastilah akan memberi kesan dan hasil yang berbeza. Oleh itu, bertindak secara BERKUMPULAN atau secara BERSENDIRIAN memberi impak yang berlainan.

Untuk memudahkan pemahaman berkenaan topik ini, marilah kita membuat Al Kisah seperti biasa...Para pejuang saham, sila ambil tempat di sofa masing2 bersama pop corn madu dan mineral sejuk di tangan.

Al Kisah......

BERSENDIRIAN

Dato Muda, sebelum bergelar usahawan berjaya, beliau merupakan seorang penjual keropok lekor kecil-kecilan di Shah Alam. Berniaga dengan ber'title' LONE RANGER atau SOLO atau BERSENDIRIAN memberikan hasil yang kecil dengan masa bekerja yang sangat padat. Seawal pagi, Dato Muda perlu bangun sebelum subuh dan memandu kereta Kancil Sportnya membelah kesejukan Subuh itu untuk mendapatkan bahan mentah untuk perniagaannya di Kuala Selangor. Perjalanan yang jauh untuk pergi balik mengambil masa 2 Jam. Sepanjang masa itu, badannya berpeluh dan melekat dibaju akibat dari penghawa dingin keretanya yang rosak sejak 10 tahun yang lalu.

Sampai sahaja di lokasi tempat berniaganya bersebelahan dinding luar Kopitiam Trader, Dato Muda pun mulalah mendirikan payung, meja lipat dibuka luas, tong gas dan alat memasak disusun rapi. Wang syiling dan wang kertas kecil segenggam di masukkan dalam poket apronnya. Api dibuka, minyak dipanaskan, maka mulalah Dato Muda ini berniaga.

Kawasan tersebut yang agak jauh dari kawasan perumahan menyebabkan 2 jam berlalu tanpa pengunjung. Namun disebabkan HOPE ANALYSIS Dato Muda begitu tinggi, beliau tetap menunggu dan akhirnya ada kereta berhenti membeli RM1 keropok lekornya. Selang sejam datang pula sepasang kekasih sejoli Tan Sri Rizal bersama isterinya Madam Hazrina membeli keropok lekor RM2 sahaja untuk berkongsi bersama, kemudian berlalulah mereka ke Kopitiam Trader untuk bertemu rakan-rakan mereka disana.

Akhirnya sehingga pukul 6.30 petang berjayalah Dato Muda mendapat hasil berniaga pada hari itu sebanyak RM 11.50. Dalam kepenatan, Dato Muda masukkan semula barang-barang perniagaannya ke dalam Kancil Sportnya.

Pulang ke rumah, dibukanya TV11 dimana rancangan RANCAK BUAL INSAN BERJAYA yang ketika itu ditampilkan Dato Nezam untuk berkongsi kejayaan perniagaannya. Antara perkataan yang menyentap hati Dato Muda adalah BERKUMPULAN dalam bertindak. Maka mulalah beliau mengorak langkah selepas itu.....

BERKUMPULAN

Kini, Dato Muda tidak lagi seperti 2 tahun yang lalu...beliau sekarang memiliki sebuah syarikat pengusaha keropok lekor terbesar di Malaysia dan telah berjaya melakukan pasaran luar negara sehingga terkenal di Tokyo hinggalah ke London. Apakah yang berlaku pada Dato Muda???

Beliau telah melakukan tugasan sehariannya sebelum ini secara BERKUMPULAN iaitu telah mengumpulkan sahabat-sahabat yang mempunyai minat yang sama terhadap keropok lekor. Perbincangan demi perbincangan dilakukan sehingga mereka mendapat pelbagai idea-idea baru dari segi pemasaran, pengurusan, pembungkusan produk dan pelbagai lagi teknik-teknik yang berkesan dalam penjualan keropok lekor ini. Dengan secara BERKUMPULAN, segala masalah yang timbul dihadapi bersama dan diatasi secara bijaksana.

Perkongsian dari pelbagai cabang ILMU juga berjaya dikumpulkan menjadikan perniagaan Dato Muda teratur dan bersistematik. Maka tindakan Dato Muda selepas itu mula mengikut SISTEM yang betul, mudah, pantas dan memberi pulangan yang besar hari demi hari. Dari hasil pulangan 3 angka sehari, kini menjadi 5 angka dalam sehari, hasil tindakan secara BERKUMPULAN ini. Maka Kancil Sportnya telah diganti dengan AVENTADOR berwarna hitam yang diimpikannya selama ini.

DUNIA SAHAM

Sama juga dengan keadaan kita dalam bertindak dalam arena SAHAM ini, tindakan BERSENDIRIAN dan BERKUMPULAN juga memberi impak yang berlainan.

Dengan BERSENDIRIAN, tiadalah perkongsian ILMU berlaku, tiadalah teguran para sahabat lain dalam kita bertindak sebagai pelabur. MASALAH yang dihadapi BERSENDIRIAN juga membuat kita mudah putus asa, malah boleh menyebabkan kerugian yang besar dalam pelaburan. Kerana dengan ILMU yang tinggi pastilah memberi hasil yang tinggi juga mengikut sukatan tahap ILMU tersebut. Jika BERSENDIRIAN, bagaimanakah kita mahu mendapatkan ILMU sebanyaknya??

Ya, kita boleh mendapatkan ILMU melalui BACAAN tetapi dengan BERKUMPULAN, kita boleh melakukan PERBINCANGAN yang mana setiap ahli dalam kumpulan dapat memberi pandangan masing-masing. Kepakaran masing-masing juga dapat dikongsi. Dalam DUNIA SAHAM, setiap pelabur mempunyai kekuatan yang tersendiri. Ada yang pakar dalam FUNDAMENTAL ANALYSIS,  TECHNICAL ANALYSIS, NEWS & RUMOURS, TRADER PSYCHOLOGY, MARKET SENTIMEN, LOCAL & FOREIGN FUND, CAPITAL CONTROL, TRADE STRATERGY dan banyak lagi. Bolehkah dengan BERSENDIRIAN, kita dapat mengumpulkan segala maklumat ini dengan selengkapnya dengan tepat sebagai pelabur??

Oleh itu, para pejuang SAHAM marilah kita bertindak secara BERKUMPULAN atau berada dalam KUMPULAN arus SAHAM yang sama. Ianya lebih baik dari kita sesat di dunia BERSENDIRIAN.

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

WEAPON 1 - M1911


M1911

Perkongsian kali ini kelihatan nampak ganas sedikit. Oleh itu jika terdapat para pejuang SAHAM wanita di dalam ini yang rasa tidak sesuai penampilan gaya lasak maka boleh lah berehat sebentar membaca Majalah THE EDGE, FOCUS dan sebagainya. Jika tiada masalah benarkan kami menhuraikan berkenaan M1911 ini.

M1911 adalah pistol tangan antara terkemuka di dunia sejak zaman perang dunia lagi. Penggunaannya oleh pihak NAVY, ARMY & SPECIAL FORCE tidak dapat dijangkal betapa hebatnya pistol M1911 ini. Tembakan jarak dekat yang sangat padu dan mudah penggunaannya serta mengena sasaran dengan ketepatan yang jitu memberikan M1911 menjadi pilihan pihak berkuasa yang disebut tadi.

Jadi kembali kepada Dunia SAHAM kita. Apa gunanya senjata dalam dunia SAHAM??
Senjata disini umpama PLATFORM dimana zaman ini bukan lah lagi zaman REMISIER yang menekan butang BUY dan SELL tetapi kita sendiri mempunyai PLATFORM yang digunakan dalam mengendali pelaburan jual beli unit SAHAM secara ONLINE. PLATFORM yang tepat memudahkan para penggunanya untuk membuat pilihan yang terbaik dalam SAHAM.

Oleh itu...

Adakah setiap fungsi pada PLATFORM kita telah dimanfaatkan semaksimumnya. Adakah hanya sekadar menekan button BUY & SELL semata-mata sedangkan terdapat begitu banyak MAKLUMAT dalam PLATFORM tersebut yang kita tidak sedar dan ketahui.

Betapa ruginya kita jika mendapat SENJATA yang terbaik tapi tidak mempunyai ILMU untuk menggunakannya. Apakah yang berlaku tanpa ILMU kita sewenang-wenangnya menggunakannya secara ala kadar. TEMBAKAN yang TEPAT menjadi tersasar, SASARAN yang masih JAUH 1KM, TEMBAKAN telah dibuat. GAGAL MENEMBAK apabila sasaran sudah dekat, malah cabut lari selepas itu. Berlaku KES TERSALAH MELAKUKAN TEMBAKAN, seperti hendak menekan BUY tetapi SELL, tersalah memilih KAUNTER secara tidak sengaja dan pelbagai lagi kesilapan berlaku apabila kita tidak mahir dan tidak mahu mengkaji SENJATA secara terperinci di tangan kita.

Dalam PLATFORM yang kita gunakan, terdapat begitu banyak MAKLUMAT yang begitu lengkap sehingga adakalanya tidak memerlukan informasi dari sumber yang lain berkenaan sesuatu KAUNTER. Dari FUNDAMENTAL ANALYSIS sehingga ke TECHNICAL ANALYSIS semua boleh didapati di PLATFORM. Bukan itu sahaja, malah EMOSI pelabur serta maklumat MARKET TREND juga boleh dilihat secara terperinci. Maka, sebaiknya sebelum kita mulakan menekan BUTTON BUY&SELL, terlebih dahulu kita arif dengan PLATFORM yang sedia ada. Sebelum kita MENEMBAK secara MELULU tanpa ILMU di depan mata.

Dengan ILMU yang dalam, kita bersedia dengan penggunaan yang cekap pada SENJATA masing-masing ditangan. Menanti MUSUH dalam jarak sasaran yang tepat tanpa takut untuk LARI KE BELAKANG.


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya di Akhirat"

C001 - TECHNICAL ANALYSIS CLASS "TREND"



ALHAMDULILLAH...segala puji-pujian hanya untuk-MU YA-ALLAH SWT

30 seats untuk perkongsian berkenaan TECHNICAL ANALYSIS "TREND" untuk 30 orang telah disi sepenuhnya setelah dibuka selama 3 hari bermula Jumaat lalu. Bakal berlangsung pada 19 November 2013 di Shah Alam. Tahniah buat para pejuang yang telah mendaftar sebagai WARRIOR di dunia saham ini. Kekalkan nawaitu kita untuk menjadi Pejuang Ummah, Berjuang Demi Agama, Kaya di Dunia dan Kaya di Akhirat kelak....Aminn..

Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia dan kaya di Akhirat"

Sunday, November 17, 2013

IKAN & PANCING



IKAN & PANCING

Apa kena mengena alatan memancing iaitu PANCING dan IKAN yg dipancing dengan dunia SAHAM ini. Jangan risau para pejuang, kita masih di Arena Bicara SAHAM bukannya di pasar-pasar atau kolam-kolam sewaan memancing.

Kiasannya adalah untuk TIPS & ILMU

Sekali lagi...apakah kena mengena IKAN & PANCING dgn TIPS & ILMU???

Begini Al-kisahnya.......

IKAN
Hari-hari Sir Azril yang sibuk dalam menguruskan perniagaannya yang semakin berkembang besar di Nusantara Melayu hanya menanti setiap petang, setiap hari pemberian IKAN percuma oleh Tun Shah yang sememangnya kaki pancing tersohor di Shah Alam...Alhamdulillah...IKAN nya pun segar-segar dan sentiasa terbaik dari kolam pancing ternama. Bergembiralah Sir Azril setiap kali mendapat IKAN-IKAN tersebut...nak-nak lagi makanan kegemarannya adalah IKAN, jadi dgn budi baik Tun Shah tersebut tidak pernahlah Sir Azril membeli IKAN di pasar apatah lagi memancing IKAN di kolam.

Satu hari Tun Shah telah ditaja ke London dan tinggal disana untuk membuat pusat memancing terbesar dunia atas kemahirannya memancing. Setelah pemergian Tun Shah, Sir Azril tidak lah lagi mendapat IKAN. Malah untuk mendapatkan IKAN pun ianya tidak tahu...Berdukacitalah beliau dan mengharapkan Tun Shah pulang membawa IKAN-IKAN kepadanya kembali....

Maka IKAN disini adalah TIPS

TIPS - pemberian sesuatu tanpa mngetahui dari mana ianya datang

PANCING
Terfikir lah kembali Sir Azril...jika selama ini beliau mendapatkan PANCING dan memancing sendiri IKAN yang dimahukannya setiap hari..tidak lah ia mengharapkan Tun Shah untuk mendapatkan IKAN daripadanya memandangkan beliau sendiri boleh memilikinya pada bila-bila masa dengan adanya PANCING di tangan.

Maka PANCING disini adalah ILMU

ILMU - pengetahuan atas sesuatu perkara yang boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa mengharapkan pada sesuatu.

DUNIA SAHAM

Pastinya ada sahaja TIPS untuk pilihan kaunter oleh sesiapa sahaja. Adakalanya TIPS diberi sangat berkesan sehingga 100% tepat tetapi kebanyakan TIPS adalah tersasar jauh dari ramalan jangkaan memandangkan dunia SAHAM kita tidaklah semudah kata. Bayangkan jika kita mengharapkan TIPS semata-mata dan sumber TIPS ini tiada lagi???...bagaimana para pejuang??? Bagaimanakah kita hendak meneruskan dalam memilih kaunter-kaunter serta menyambungkan perjuangan di dunia SAHAM ini???

Berbeza sekali dengan ILMU yang membantu kita dalam pemilihan kaunter dengan sendirinya tanpa mengharapkan dari sesiapa malah jika ILMU ini dibincangkan bersama dengan para ILMUan lain,maka ILMU SAHAM ini menjadi semakin mantap dan tiadalah gusar untuk kita bertindak berdasarkan TIPS.....Dengan BERKUMPULAN juga adalah lebih baik dalam mendalami ILMU serta perkongsiannya menjadi lebih teguh dan mantap serta sudah tentu dapat menyambungkan ILMU SAHAM ini pada generasi akan datang dan seterusnya....

Maka.....apa yang kita pejuang SAHAM harapkan???

IKAN @ PANCING
TIPS @ ILMU

Nur Razaleigh

SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia kaya dan di Akhirat"


Saturday, November 16, 2013

BERTINDAK DENGAN ILMU


Mengapa perlunya ILMU dalam SAHAM

Saya membuat kiasan mudah untuk para pejuang memahami topik diatas.

Andaikan kita MAKAN, Untuk makan apakah tindakan atau proses yang di lakukan terlebih dahulu? Kalau menggunakan tangan, sudah tentu sinki atau tempat membasuh tangan yang kita cari dahulu untuk memastikan tangan kita bersih dari segala kuman dengan membasuhnya terlebih dahul. Benar kan? Kalau menggunakan sudu dan garfu pula, kita juga meneliti sudu dan garfu tersebut dalam keadaan bersih. Kita tidak mahu ada kesan minyak atau sabun yang masih melekat padanya. Sekarang untuk makan apa yang dihidangkan, kita perhatikan pula apakah makanan yang hendak dimakan. Makanan tersebut halal atau haram. Kalau tahu haram, jangan sekali-kali kita sentuh. Yang halal juga ada banyak pilihannya. Dari murah sehingga mahal, berkualiti atau tidak, sedap atau sebaliknya. Serta pelbagai lagi perkara kita lihat dan menelitinya hanya untuk MAKAN.

Kita lakukan semua perkara diatas dengan ILMU, tanpa ILMU MAKAN, kita akan hentam sahaja tanpa berfikir panjang. Akibatnya lebih banyak kesan negative pada diri sendiri atau kita sendiri bakal menhadapi perkara buruk yang bakal berlaku...

Samalah juga dengan SAHAM ini...kita perlukan ILMU untuk mulakan dari langkah pertama dalam proses memilih saham sesuatu syarikat, mengetahui pelbagai maklumat berkaitannya, waktu membelinya, waktu menjualnya, berapa keuntungan, berapa kerugian dan pelbagai aspek lain untuk dinilai dan dilihat sebelum kita memiliki SAHAM tersebut.

Tanpa ILMU kita pasti BERMAIN SAHAM
Dengan ILMU kita 100% BERNIAGA SAHAM

Hang Lei
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia dan kaya di Akhirat"

Friday, November 15, 2013

MAIN SAHAM ???

*maaf jika setiap perkataan kali ini menggores atau mencalar hati yang membaca...jangan sentap yer..*




MAIN SAHAM

Anda berMAIN...tahukah apa anda buat bila berMAIN??


BerMAIN bola....sepak sana sini...90 minit kemudian perMAINan tamat...team aku menang...Horeee....(menang akhirnya selepas pasukannya kalah tiga kali berturut-turut...)

BerMAIN game Red Alert di laptop....ahhhh...aku kalah lah kena serang.....takpe boleh MAIN lagi...lepas ni mesti menang...dan MAIN lagi seterusnya.....Akhirnya menang...Horeee....sorak gembira....

Anda berMAIN SAHAM?? Seriuskah anda berMAIN....MAIN atau MAIN-MAIN ini ada dua jawapannya MENANG atau KALAH. Apakah ini perMAINan??? Adakah SAHAM sama dengan bola, padang permainan, tempat letak askar untuk berperang dalam game-game pc???

Tahukah para pejuang saham sekalian, satu yang sangat serupa dalam erti MAIN ini adalah JUDI....MAIN JUDI....tahukah JUDI itu apa?? Apakah hukumnya?? Meletak sahaja taruhan dan mengharapkan menang dan kalah...tapi tidak kah hampir sama bila kita MAIN saham yang bunyi begitu senang lenang...ada kala menang...ada kala rugi.....

Fikirkan bersama bila kita menyebut MAIN SAHAM...Sesuaikah SAHAM dijadikan MAINan??

SAHAM bukanlah MAINan..ini adalah unit SAHAM sesebuah SYARIKAT..kita sedang memperdagangkan unit SAHAM di mana SYARIKAT ini mempunyai struktur pengurusan dan produk yang dikeluar atau apa sahaja yang SYARIKAT tersebut berniaga atau memberi perkhidmatan. Tidakkah ini bunyinya SERIUS??

Adakah SAHAM untuk di MAIN??

Apa jawapan kebanyakan orang berMAIN SAHAM bila kita tanya SAHAM??

- Jangan lah MAIN. Aku dah RUGI dah...
- Kau berani MAIN? Tak payah lah..SUSAH
- Apa? MAIN SAHAM. Kan HARAM...

Betulkah para pejuang?..Adakah yang pernah dengar jawapan seperti ini...cubalah tanya orang sekeliling anda..Apakah kebanyakan jawapan yang kita akan dapat??

SOALAN

Nak sebut apa SAHAM ini??

 JUAL BELI/TRADE SAHAM

Kita menjual beli SAHAM sebab ini adalah PERNIAGAAN dan bukan sekali-kali PERMAINAN. PERNIAGAAN mempunyai urusan JUAL & BELI dan ILMU yang tinggi diperlukan sebab kita hendak mendapatkan KEUNTUNGAN. Mana ada orang BERNIAGA untuk RUGI. Apakah HUKUM berniaga? Ianya adalah HARUS dan SUNNAH NABI jika perniagaan tersebut mingikut SYARAK.

Oleh itu, apakah sebutan kita dalam SAHAM?

BERMAIN @ JUAL BELI ???


Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia dan kaya di Akhirat

SELADANG, BERUANG & MONYET

BULL, BEAR & MONKEY

Pelik??? Kenapa dengan SELADANG, BERUANG dan MONYET...\

Yess lagi lah benar....tidak akan ada cerita yang menarik jika tiada watak-watak menarik...
Kisah Doraemon ada Doraemon dan Nobita dan sahabat-sahabatnya.
Kisah Ombak Rindu ada Aroon Aziz dan juga Lisa Surihani dan pelakon-pelakon lain.
Kisah Kopitiam Trader ada Tun Lah dan Tun Shah serta rakan-rakannya.

Begitu juga dengan dunia SAHAM kita...ada pelbagai watak-watak menarik..

Diperkenalkan BULL, BEAR dan juga MONKEY..
MONKEY mungkin jarang-jarang sekali disebut tetapi BULL dan BEAR akan sentiasa meniti dalam coretan ini. Dimana pejuang-pejuang saham sekalian akan melihat perkataan seperti ini....

BULLISH
SUPER BULL
BEARISH
SUPER BEAR

Ohhh...mungkin kita nampak bagaikan di dalam zoo pulak sekarang, tetapi inilah istilah-istilah yang selalu di guna pakai dalam SAHAM. Secara mudah bermaksud begini....

BULL - haiwan di mana kepalanya mendongak ke atas....maka pergerakan SAHAM yang naik disamakan dengan BULL ini...

BEAR - haiwan yg berjalan menunduk ke bawah...oleh itu pergerakan SAHAM yang menurun disamakan dengan BEAR ini...

Para pejuang saham dah faham.....Alhamdulillah.......

APA? MONKEY itu pulak apa??? Akan disebutkan nanti pada waktu dan masa yang sesuai supaya lebih mudah lagi untuk memahami MONKEY ini...sabar....rehatkan minda sebentar.....



Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia dan kaya di Akhirat"


APAKAH ITU SAHAM??

Apakah itu saham??

Saham dunia? Saham akhirat?? Saham di bilik kecil belakang rumah???

Apakah yang pernah kita dengar??

Alkisah 1

Di sebuah kedai kopi ternama terletak di Shah Alam iaitu Kopitiam Trader, tiga sahabat iaitu pengurus, pengarah serta akauntan kedai sedang rancak berbual di meja no 23. Tiba-tiba salah seorang bangun......

Tun Shah - Kau nak kemana tu Dato Muda?
Dato Muda - Aku nak buat SAHAM la..... *dengan pantas bergerak menuju ke tandas kedai*
Tun Lah - Patut ler muka ketat dari tadi....kah kah kah

Maka disini SAHAM dimaksudkan adalah >> ............ << yesss..tuan2 puan2 sendiri menjawabnya...hehe...itupun SAHAM juga...

Alkisah 2

Sir Azril masuk ke masjid seawal subuh, selepas mengambil wudhuk, menuju ke ruang solat, dirinya melihat tabung masjid.

Sir Azril - Alhamdulillah...perniagaan biskut dan tat nenasku dah mencapai keuntungan Rm500,000. biarlah ku bayar buat SAHAM akhirat....*tangan kanannya masuk ke dalam kocek jubahnya mengambil cek sejumlah Rm10,000 atas nama masjid tersebut dan dimasukkan ke dalam tabung masjid itu...*

Maka disini SAHAM itu bermaksud sebagai benih yg ditanam untuk mendapat pahala yang berpanjangan untuk kegunaannya di Akhirat.

Alkisah 3

Seawal pagi pada pukul 8.30, dua sahabat duduk di meja no 37 seperti biasa di Kopitian Trader, Shah Alam dimana mereka juaga adalah pemilik bersama kedai tersebut. Berbual lah mereka....

Dato Nezam - Dato Lei....macamana pergerakan SAHAM hari ini?
Dato Lei - Aku dah buat research macam biasa.. Dow Jon dengan Nasdaq naik 500 mata..around that la... InsyaAllah pasaran SAHAM kita akan rancak hari ini. *tersenyum Dato Nezam dimana jangkaannya SAHAM company XDL nya boleh dijual hari ini dengan anggaran pulangan Rm20,000*

Maka SAHAM disini adalah pergerakan SAHAM di Bursa Saham Kuala Lumpur (KLCI)  atau unit SAHAM Syarikat yang di dagangkan.

Dari tiga kisah diatas, rasanya cukup lah kita mengenal pasti tiga SAHAM yang agak popular sebagai pengetahuan kita semua. Jadi ingin lah sekali saya katakan...SAHAM yang bakal digembar gemburkan, di kaji sepenuhnya, di gali segala ilmu-ilmunya serta perbincangan hebat dalam BLOG SAHAM WARRIOR adalah berkenaan khusus SAHAM Alkisah 3...mungkin sedikit iklan kisah Alkisah 2...dan tidak sekali-kali akan menyebut Alkisah 1.

SAHAM - BURSA SAHAM KUALA LUMPUR

Jika pembaca disini mengharapkan cerita yang lain...maaflah, sudah pasti malah saya yakin...tidak akan ada cerita, wayang atau drama selain dari yang disebut itu...jutaan terima kasih kerana sudi singgah.....buat yang nawaitunya betul masuk ke pintu bungalow/blog ini, saya dengan senang hati mempersilakan duduk di sofa2 menanti perbualan kita seterusnya....InsyaAllah.....



Nur Razaleigh
SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia dan kaya di Akhirat

Thursday, November 14, 2013

MUKADIMAH - PEMULA BICARA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM - DENGAN NAMA MU YA-ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI. SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR LAGI MULIA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW.

Assalamualaikum wbt

Buat tuan2 dan puan2 di luar sana, kecil, muda, tua, berpangkat, bekerja, pelajar atau sudah ber'title' pesara, surirumah atau sesiapa sahaja, kami NUR RAZALEIGH dan KHARUL NEZAM mengucapkan selamat datang ke blog ini yang berkisar berkenaan dunia SAHAM sebagai PEJUANG UMMAH melaluinya.

Maka BLOG skrin putih taipan setiap patah perkataan ini diberi nama SAHAM WARRIOR. Biar gah di bumi Malaysia ini dan sedunia hendaknya. Impian biar menggunung walau satu langkah baru bermula. Dengan hormat serta rendah diri ini, dipersilakan kalian membaca dan semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat kepada kita semua.

AMINN....




Nur Razaleigh

SAHAM WARRIOR
"Berjuang demi Agama, kaya di Dunia dan kaya di Akhirat"